Setiap kali tiba malam bulan penuh, ramai yang mungkin mula rasa ‘lain macam’. Ada yang kata tidur tak lena, emosi mudah terusik, malah ada juga yang percaya bulan purnama boleh buat seseorang bertindak pelik.
Menariknya, kepercayaan tentang kuasa bulan ini sudah wujud sejak zaman Shakespeare lagi! Dalam karya Othello, watak Emilia pernah berkata bahawa bulan yang terlalu dekat dengan bumi boleh menjadikan ‘manusia gila. Tetapi… sejauh mana kebenarannya?
Baca juga: Tanda Perniagaan Atau Kedai Makan Kena ‘Buatan’ Orang, Patutlah Asyik Jumpa Benda Ini Dalam Kedai..
APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG ‘MALAM KLIWON’ & BULAN PENUH

Foto: freepik
Walaupun ada kisah-kisah yang kedengaran mistik dan aneh mengenai malam bulan penuh, kajian sains menunjukkan ceritanya tak semudah itu. Jom lihat apa sebenarnya yang berlaku pada tubuh kita ketika bulan penuh dan bagaimana ia sering dikaitkan dengan malam Jumaat Kliwon dalam masyarakat Jawa.
Jika anda rasa susah tidur setiap kali hampir malam bulan penuh, anda tidak keseorangan. Kajian 2021 menunjukkan:
- Individu tidur lebih lewat dan tidur lebih singkat sehingga lima hari sebelum bulan penuh.
- Fenomena ini lebih ketara di kawasan yang kurang lampu buatan.
- Tubuh manusia sebenarnya sudah lama ‘dibentuk’ oleh peredaran cahaya matahari dan kegelapan malam. Inilah yang membentuk ritma circadian, iaitu jam dalaman yang kawal tidur, hormon dan emosi.
Apabila ritma ini terganggu, ia boleh mengusutkan:
- Anxiety
- Bipolar
- Kemurungan
- Skizofrenia
Jadi, bukan bulan penuh yang menghuru-harakan mood kita, tetapi cahaya dan gangguan pada ritma biologi yang mempengaruhi kualiti tidur dan kestabilan emosi.
Mitos Malam Jumaat Kliwon: Kepercayaan Yang Masih Hidup Dalam Masyarakat Jawa

Foto: freepik
Berbeza daripada kajian saintifik tentang bulan penuh, malam Jumaat Kliwon pula lebih banyak dikaitkan dengan elemen mistik dan budaya yang diwarisi turun-temurun. Walaupun tak semua mempercayainya, mitosnya masih kuat dalam masyarakat Jawa. Antara kepercayaan yang paling popular:
1. Hantu Lebih Aktif
Kononnya, malam ini menjadi ‘puncak’ aktiviti makhluk halus. Ada yang percaya roh orang mati boleh membawa rezeki atau malang.
2. Arwah Ahli Keluarga Pulang Ke Rumah
Sebahagian keluarga mengadakan ritual kecil seperti menyediakan makanan sebagai tanda hormat pada nenek moyang.
3. Waktu Terbaik Untuk Meditasi & Ritual
Bagi yang mendalami spiritual, malam ini dianggap memiliki energi yang kuat untuk memohon perlindungan atau ketenangan.
4. Pantang Keluar Rumah
Kanak-kanak biasanya dilarang keluar malam pada Jumaat Kliwon. Ada tempat yang mengadakan ritual bagi perkara ghaib.
5. Malam Paling ‘Power’ Untuk Sihir
Dukun atau pengamal ilmu hitam dikatakan menjadikan malam ini masa sesuai menghantar sihir.
6. Bayi Yang Lahir Pada Malam Jumaat Kliwon
Kononnya bayi tersebut mempunyai aura spiritual kuat dan ‘dilindungi’ sejak lahir.
Jadi…kesimpulannya adalah bulan penuh memang ada sedikit bukti ia mengganggu ritma tidur, yang boleh mempengaruhi emosi tetapi tidak terbukti menyebabkan manusia bertindak ‘gila’ seperti dalam cerita lama. Jumaat Kliwon pula lebih kepada warisan budaya dan mitos masyarakat Jawa, yang dikekalkan sebagai sebahagian daripada tradisi.
Namun satu perkara pasti, manusia memang peka pada cahaya, suasana dan kepercayaan. Sama ada bulan purnama atau malam Jumaat Kliwon, semuanya mengingatkan kita bahawa tubuh, emosi dan budaya saling berkait dalam cara yang sangat menarik.
Baca juga: Ustaz Hanafiah ‘Bocorkan’ 4 TANDA JELAS Pasangan Terkena Sihir Pemisah, Seram!
Sumber: Detik.com, Healthline
