Euforia Bola 2026
Inspirasi

Dari Sunyi Tepi Jalan Ke Barisan Panjang, Kini Mak Cik Nasi Lemak Tertidur Viral Tak Menang Tangan Layan Pembeli

nasi lemak murah

Seorang warga emas yang sebelum ini tular kerana tertidur menunggu pelanggan membeli nasi lemak murah, kini tersenyum lega apabila gerainya diserbu orang ramai hingga tidak menang tangan melayan pembeli!

Dalam rakaman video dimuat naik pengguna TikTok, kelihatan barisan panjang pelanggan beratur membeli nasi lemak berharga RM1.50 di gerai kecil milik mak cik tersebut yang terletak berhampiran tanah perkuburan Masjid Aceh, Ara Kuda, Kedah.

Baca juga: “Jangan Malu Jadi Diri Sendiri”- CGPA 4.0, Dua Ijazah & Bekerja Di Tiga Sektor, Wanita OKU Ini Jadi Inspirasi!

Mak Cik Jual Nasi Lemak Murah Tertidur Viral, Kini Tidak Menang Tangan Layan Pelanggan

nasi lemak murah

Dalam video terbaharu yang dikongsikan, saudara dikenali sebagai Du’an datang untuk sampaikan sedikit sumbangan yang diamanahkan oleh rakan-rakan di TikTok. Alhamdulillah, bukan sahaja mendapat bantuan malah jualan nasi lemak makcik ini juga habis awal.

“Esok dia buka lagi, siapa nak support boleh datang,” kata Du’an dalam videonya.

Di ruangan komen, ramai meluahkan rasa syukur apabila rezeki warga emas itu makin murah hasil sokongan masyarakat.

“Baju oren tu anak saya, dia singgah beli sebelum ke kolej. Sempat beli 12 bungkus sahaja sebab nak kejar masa, ada peperiksaan,” tulis Nurul Dinasuha sebaik melihat anaknya dalam rakaman tersebut.

Bukan itu sahaja, ramai yang turut gembira bersama makcik ini dan mengatakan bahawa mesti mak cik gembira serta lebih bersemangat untuk masak lagi.

Terdahulu, kisah mak cik ini mula menyentuh hati ramai selepas sebuah video tular di TikTok memaparkan dia tertidur ketika menunggu pelanggan di gerainya. Video yang dimuat naik oleh @_kakpinat itu meraih lebih 2.4 juta tontonan dan mengundang rasa sebak netizen.

Menurut kapsyen hantaran tersebut, perniagaan mak cik berkenaan agak perlahan sejak kebelakangan ini walaupun hanya menggunakan 2 kilogram beras setiap hari untuk menyediakan nasi lemak.

“Semalam, masa saya singgah, cuma ada seorang pembeli. Dalam tong masih banyak nasi. Sedih tengok mak cik tertidur macam tu. Harap orang ramai dapat datang beli, walaupun sebungkus,” tulis @_kakpinat.

nasi lemak murah

Kisah ini nyata membuktikan kuasa media sosial mampu mengubah nasib seseorang, daripada menunggu pelanggan tanpa kepastian, kini mak cik berkenaan menikmati limpahan rezeki dan sokongan masyarakat. Alhamdulillah…

@iduan_ NASI LEMAK MAKCIK VIRAL ARA KUDA harini saya datang untuk sampaikan sedikit sumbangan yang diamanahkan oleh beberapa rakan tiktok semalam. Alhmdulillah harini nasi lemak makcik ni habis awal, laris jualannya. Esok dia buka lagi, sesiapa yang nk support boleh mai esok, Sesiapa yang nak kirimkan sumbangan, minta maaf saya dah tak ambil sebab saya kerja awal pagi dan balik malam. Sesiapa yang nak bagi sumbangan mungkin boleh direct dgn owner tiktok @_kakpinat atau direct ke gerai makcik tu 🙏🏻 #NASILEMAKMAKCIKVIRALARAKUDA #fyp #xyzbca ♬ A Clarification by Muhammad Al Muqeet – Muslim Sounds

Baca juga: Tragedi Kejam Budak 6 Tahun Ditanam: Mayat Dijerut Cable Tie, Ibu Bapa Ada Masalah Rumah Tangga

Sumber: Tiktok @iduan_, Tiktok _kakpinat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×