Euforia Bola 2026
Famili

“Opal Rindu Mama..Lama Tak Peluk…” – Video Kanak-Kanak Peluk Pusara Ibu Buat Ramai Mengalir Air Mata

“Opal rindu mama, lama dah tak peluk mama…”. Itulah ayat ringkas itu mungkin kedengaran biasa, namun sangat meruntun hati dan menyebabkan ribuan warganet mengalirkan air mata menonton rakaman seorang budak lelaki melawat pusara ibunya di media sosial.

Baca juga: “Kita Satu Malaysia” – Kisah Ibu Cina Hantar Anak Ke Tadika PASTI Buat Ramai Tersentuh, Fasih Bahasa Melayu!

VIRAL BUDAK LELAKI MELAWAT PUSARA DAN MENANGIS

melawat pusara

Tangkap layar video Tiktok.

Menerusi video yang dimuat naik oleh bapanya, Dzulfikar Ainul, 35 tahun, di TikTok, kelihatan anak lelakinya, Muhammad Naufal Iman Zulfikar, 9, atau mesra disapa Opal, berbaring lama sambil memeluk pusara ibunya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bakar Batu.

Aksi polos itu bukan dibuat-buat. Ia lahir daripada rasa rindu seorang anak kecil yang masih belum benar-benar mengerti erti perpisahan yang kekal.

Ibu kepada Opal, Allahyarhamah Nurul Hafiza Kamarulzaman, meninggal dunia pada 1 Januari 2026 selepas 17 hari koma akibat tekanan darah tinggi yang menyebabkan pendarahan di bahagian otak. Pemergian yang begitu mengejutkan itu meninggalkan kesan mendalam buat keluarga, terutama dua cahaya mata yang masih kecil.

“Sebagai Ayah, Hati Saya Luluh”

melawat pusara

Tangkap layar Tiktok.

Menurut Dzulfikar, kejadian tersebut berlaku ketika dia sedang bergotong-royong di kawasan perkuburan. Dalam kesibukan itu, dia menyedari Opal tiada di sisi.

“Saya nampak dia berbaring atas pusara mama. Bila saya tanya kenapa baring di situ, dia jawab… ‘Opal rindu mama, lama dah tak peluk mama…’”

Luahan itu cukup membuatkan hati seorang ayah hancur. Dalam usia sembilan tahun, Opal sudah mula memahami kehilangan namun hatinya tetap mencari pelukan yang sama seperti dahulu. Sejak pemergian arwah isteri, Opal sering meluahkan rasa rindu. Malah, hampir setiap hari mereka akan menziarahi pusara.

“Kadang-kadang sehari sampai tiga kali kami datang. Dia akan duduk lama, bercerita dan mengadu pada mama, macam mama masih ada dan mendengar,” katanya dalam nada sebak.

Sudah pasti, kehilangan seorang ibu bukan perkara kecil, lebih-lebih lagi pada usia kanak-kanak. Dzulfikar mengakui kedua-dua anaknya terkesan, namun sebagai bapa, dia berjanji untuk terus kuat demi mereka. Walaupun perlu bekerja dan menggalas tanggungjawab sendirian, dia memastikan kebajikan anak-anak tidak terabai.

“Sebelum mereka ke sekolah, saya akan telefon untuk pastikan semuanya siap. Alhamdulillah, keluarga pun banyak membantu,” ujarnya.

Dalam kesibukan harian, dia tetap berusaha mengisi kekosongan yang ditinggalkan arwah dengan kasih sayang, perhatian dan masa berkualiti bersama anak-anak. Bagi Dzulfikar, membawa anak-anak menziarahi pusara bukan sekadar rutin, tetapi cara untuk membantu mereka memahami takdir dan mengubat rindu yang bersisa.

Di situ, mereka akan berkongsi cerita tentang kebaikan dan pengorbanan arwah ibu agar ingatan terhadap insan tersayang terus hidup dalam hati.

Kisah Opal ini mengingatkan kita semua tentang betapa berharganya sebuah keluarga. Pelukan, gurauan dan masa bersama insan tersayang adalah nikmat yang sering kita ambil ringan.

Seperti pesan Dzulfikar:

“Hargailah keluarga selagi mereka masih ada. Jangan tunggu hilang baru terasa.”

Semoga kisah ini menjadi peringatan buat kita untuk lebih menghargai ibu bapa, pasangan dan anak-anak  kerana kehilangan bukan sesuatu yang boleh diputar kembali.

@zulimaniempire Bila anak kau rindu dekat mama dia.. Aku tengah bz cabut rumput,eh anak bujang ni boleh barang atas kubur mama dia plak 🤦‍♂️..bila tanya dia,rinduuunya dekat mama.Lapa tak pelok mama 🥺🥺..sabar eh sayang 🥲. #alfatehahnurulhafizabintikamarulzaman ♬ original sound – Zul Empire

Baca juga: Harga Terkini Kos Bersalin Di Hospital Kerajaan Dari Kelas 1 Hingga Kelas 3, ‘Save’ Untuk Rujukan!

Sumber: Sinar Harian, Tiktok @zulimaniempire

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×