Euforia Bola 2026
Asuh

Nampak Sedap Tapi 5 Snek Ini Ada Risiko Tercekik Pada Anak, Tolong STOP Bagi!

MAKANAN RINGAN

Tahukah anda bahawa makanan ringan yang sering diberikan kepada anak kecil boleh menjadi punca mereka tercekik? Walaupun kelihatan selamat, beberapa jenis makanan di bawah ini mempunyai tekstur atau saiz yang boleh menyukarkan si kecil untuk mengunyah dan menelan dengan betul.

Jadi, ibu bapa perlu lebih berhati-hati dalam memilih makanan ringan untuk anak-anak bagi mengelakkan risiko yang tidak diingini. Nampak macam biasa tetapi bahaya sebenarnya!

Baca juga: Ini Sebab Kenapa Gula-Gula Gummy Bahaya, Parents Sila LARANG Anak-Anak Makan!

MAKANAN RINGAN YANG LAIN BOLEH JADI PUNCA ANAK TERCEKIK

Makanan ringan yang lain turut mempunyai risiko anak tercekik seperti gula-gula gummy mata adalah:

1. Jelly ball

MAKANAN RINGAN

Jelly berbentuk bulat yang sering dimakan dengan cara disedut terus ke dalam mulut boleh menyebabkan tersedak jika tidak dikawal dengan betul.

2. Ice jelly atau jelly squeeze dalam tiub

MAKANAN RINGAN

Sejenis jelly dalam tiub plastik yang perlu dipicit masuk ke dalam mulut. Jika dimakan terlalu cepat, ia boleh terus masuk ke tekak dan menyekat saluran pernafasan.

3. Marshmallow besar

MAKANAN RINGAN

Melekit dan cepat mengembang apabila terkena air liur, menjadikannya sukar untuk ditelan dengan selamat.

4. Gula-gula cincin getah (ring gummies)

MAKANAN RINGAN

Sejenis gummy berbentuk cincin yang kenyal dan sukar dikunyah sepenuhnya. Ini boleh menyebabkan anak tercekik jika ditelan dalam saiz besar.

5. Candy spray/gula-gula cecair dalam botol spray

MAKANAN RINGAN

Cecair masam atau manis yang disembur terus ke dalam mulut, boleh menyebabkan tersedak jika digunakan dalam jumlah yang banyak sekaligus.

Jadi, jauhi makanan ringan di atas yang berisiko untuk anak tercekik supaya keselamatan mereka kekal terjamin. Semoga bermanfaat buat anda semua!

Baca juga: Budak Tertidur Di Tangga Masjid Tunggu Ibu Ayah Ambil, Pukul 9 Malam Baru Mereka ‘Muncul’

Sumber: Facebook Kisah Seram

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×