Euforia Bola 2026
Percutian

KakakNorway Berkongsi 11 Makanan Halal & Popular Di Norway, Kalau Bercuti Di Sana Memang Wajib Cuba!

makanan halal di norway

Bila sebut tentang makanan halal di Norway, ramai yang terbayang suasana dingin Scandinavia dengan pilihan makanan yang terhad untuk Muslim. Namun, menurut Puan Azira Aziz, rakyat Malaysia yang sudah lebih sedekad menetap di negara itu, pilihan makanan halal sebenarnya semakin mudah ditemui, terutama di bandar besar seperti Oslo dan Bergen.

Dalam sesi temu bual eksklusif bersama penulis Sirap Limau, Azira yang mesra dikenali sebagai KakakNorway berkongsi pengalaman menarik tentang adaptasi masyarakat Muslim di sana. Ini termasuklah bagaimana mereka menyesuaikan resipi tradisi Norway kepada versi halal di rumah.

Baca juga: Perut Buat Hal Masa ‘Travel’? Wanita Ini Dedah Rahsia Pil Hitam Selamatkan Dia Dari Malu, Terus Baik Dari Memulas!

11 MAKANAN HALAL DI NORWAY WAJIB PELANCONG MUSLIM CUBA!

kakaknorway

Puan Azira Aziz di depan Deichman Biblioteket, Bjørvika Oslo, Norway yang merupakan sebuah perpustakaan.

“Dulu susah juga nak cari makanan halal, tapi sekarang banyak restoran halal-friendly. Malah komuniti Muslim di Norway pandai ubah resipi asal jadi versi halal tanpa hilang rasa asal,” ujar Azira Aziz yang aktif berkongsi gaya hidup dan makanan di akaun media sosialnya @kakaknorway.

Berikut senarai 11 makanan halal di Norway yang dikongsikan oleh beliau, gabungan citarasa tempatan dan kreativiti komuniti Muslim di sana.

1. Fårikål (Stew Kambing & Kubis)

makanan halal di Norway

Fårikål yang dibuat di rumah oleh Puan Azira Aziz.

Hidangan tradisi kebangsaan Norway yang lazimnya dimasak dengan daging kambing dan kubis.

Walaupun sukar ditemui versi halalnya di restoran, komuniti Muslim biasanya memasak sendiri menggunakan daging kambing halal yang diperoleh dari kedai Somalia atau Pakistan, terutama pada musim luruh.

2. Lapskaus (Stew Daging & Sayur)

makanan halal di Norway

Lapskaus yang dibuat di rumah oleh Puan Azira Aziz.

Sup pekat klasik dengan daging lembu, kentang dan lobak. Versi halal dimasak di rumah oleh keluarga Muslim menggunakan bahan tempatan.

Dulu, makanan ini sinonim dengan petani Norway ketika musim sejuk.

3. Grillet Laks (Salmon Bakar)

Grillet Laks

Puan Azira Aziz di The Salmon Restaurant, Oslo.

Salmon Norway segar dibakar bersama lemon, mentega dan herba. Semua jenis ikan di Norway halal dimakan.

Hidangan ini boleh dinikmati di restoran halal-friendly seperti Salmon House Oslo atau Oslo Street Food, dengan harga sekitar 220–270 NOK.

4. Kjøttboller Halal (Bebola Daging)

Kjøttboller Halal

Versi halal kepada bebola daging Norway yang terkenal. Diperbuat daripada daging lembu atau ayam halal dan dihidang bersama kentang lenyek dan sos perang.

Boleh didapati di Halal House Oslo atau Kebab House Grønland, harga antara 160–200 NOK.

5. Torsk med Grønnsaker (Ikan Cod dengan Sayur)

Torsk med Grønnsaker

Hidangan sihat berasaskan ikan cod kukus, dihidang bersama lobak, kentang dan kuah mentega. Seratus peratus halal kerana berasaskan ikan.

Antara lokasi yang disyorkan ialah Lofoten Fiskerestaurant dengan minta sahaja hidangan tanpa alkohol dalam sos.

6. Fiskesuppe (Sup Ikan Norway)

Fiskesuppe

Puan Azira Aziz di Kjøkken og Kaffe, Oslo.

Sup berkrim klasik Norway yang dibuat daripada ikan putih seperti cod atau salmon, bersama sayur, krim dan herba. Halal-friendly kerana berasaskan ikan dan sayur.

Boleh dicuba di The Salmon Oslo atau Kjøkken & Kafe, harga sekitar 190–250 NOK semangkuk.

7. Kyllinggryte (Stew Ayam Norway)

Kyllinggryte

Hidangan stew ayam dengan kentang dan herba Scandinavia. Jarang dijual di restoran, namun sering dimasak oleh komuniti Muslim di rumah sebagai adaptasi hidangan tempatan yang lebih sesuai untuk keluarga.

8. Vafler (Waffle Norway)

Vafler

Puan Azira Aziz di Vaffelvogna.

Waffle berbentuk hati yang disajikan dengan jem strawberi atau brunost. Versi halal boleh didapati di Vaffelvogna (Aker Brygge), Harald Waffle (Oslo Sentrum) dan The Salmon Oslo.

Harga sekitar 40–65 NOK.

9. Kanelboller (Roti Gulung Kayu Manis)

Kanelboller

Roti manis klasik beraroma kayu manis yang mudah dijumpai di bakeri Norway. Halal di kebanyakan kedai seperti Godt Brød, Baker Hansen dan Steam Kaffebar (pastikan tanpa glazing alkohol).

Harga antara 35–50 NOK.

10. Rømmegrøt (Bubur Krim Masam)

Rømmegrøt

Bubur pekat yang dibuat daripada krim, tepung, susu dan sedikit garam. Sesuai untuk vegetarian dan popular ketika musim panas atau sambutan Hari Kebangsaan Norway (17 Mei).

11. The Salmon Oslo (Restoran Salmon Autentik Halal-Friendly)

The Salmon Restaurant, Oslo

Puan Azira Aziz di The Salmon Restaurant, Oslo.

Restoran dan pusat pameran interaktif yang menonjolkan sejarah serta proses penternakan salmon Norway. Semua menu bebas alkohol, menjadikannya halal-friendly.

Antara hidangan popular ialah grilled salmon platter, fish & chips, fiskesuppe dan Norwegian-style sushi. Harga sekitar 220–350 NOK. Lokasi: Filipstadveien 5, Aker Brygge, Oslo.

Menurut Azira, trend halal-friendly semakin berkembang di Norway, malah ramai peniaga tempatan mula memahami keperluan pelanggan Muslim.

“Kalau datang melancong ke Norway, jangan risau sangat soal makan. Asal tahu tempatnya dan pandai bertanya, banyak pilihan halal atau seafood yang boleh dinikmati tanpa was-was,” katanya menutup bicara.

Baca juga: Sebelum Melancong Ke China, Kena Ada 7 Aplikasi Ini Dalam Phone Baru Rasa Mudah Ke Mana-Mana!

REV Media Group melalui My Resipi, Sirap Limau, VOCKET dan Waktu Solat Malaysia memperkenalkan Halal Travel, kempen yang direka khas untuk membantu pelancong Muslim ke luar negara dengan tenang, selamat dan penuh yakin.

Ia adalah inisiatif menyeluruh yang membawakan panduan makanan halal, waktu solat & arah kiblat, tip perjalanan & keselamatan serta aktiviti ‘halal-friendly’ yang menarik.

Layari www.myresipi.com/halaltravelmy untuk maklumat lanjut.

AMARAN: ARTIKEL INI MERUPAKAN TEMU RAMAH EKSKLUSIF SIRAP LIMAU DENGAN PIHAK TERBABIT. JADI, ANDA TIDAK DIBENARKAN MENYIAR ARTIKEL INI DI LAMAN WEBSITE YANG LAIN TANPA PEMBERIAN KREDIT YANG TEPAT. 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×