Seiring dengan meningkatnya keperluan hidup yang seimbang, REV Media Group, penerbit digital terkemuka di Malaysia, kini secara rasmi melancarkan Fasa 2 kempen Halal Travel. Kempen ini bertujuan memberi lebih banyak pilihan dan panduan kepada pengembara Muslim dengan mengetengahkan konsep kembara sebagai satu perjalanan yang bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga mampu menyuburkan rohani dan jasmani.
Berlangsung dari Julai hingga September 2025, Fasa 2 Halal Travel menggabungkan empat platform digital utama di bawah REV Media Group iaitu MyResipi, Sirap Limau, VOCKET dan Waktu Solat Malaysia. Dengan kerjasama ini, kempen tersebut menampilkan kandungan serta solusi perjalanan yang menekankan aspek penyembuhan (healing), renungan diri dan kesejahteraan menyeluruh selaras dengan nilai Islam.
Baca juga: 7 Destinasi ‘Healing’ Di Malaysia Yang Bukan Sahaja Cantik Tapi Ada Sumber Air Mineral Semula Jadi
KEMPEN HALAL TRAVEL KINI MEMASUKI FASA 2

“Perjalanan memiliki kekuatan untuk bukan sekadar membuka minda, malah memulihkan jiwa. Kami ingin menunjukkan bahawa perjalanan berteraskan kasih sayang, keinsafan dan nilai-nilai Islam boleh menjadi bentuk penyembuhan yang sangat bermakna.
“Justeru, melalui Halal Travel Fasa 2, kami menyediakan platform dan panduan yang dipercayai bagi membantu mereka merealisasikan pengalaman tersebut,” kata Muhamad Shaifullah Tayep, Penulis Kandungan Tajaan Kanan di REV Media Group.
Fasa 2 akan menampilkan pelbagai destinasi yang menenangkan jiwa, termasuk pusat peranginan kesihatan halal bertauliah, lokasi alam semula jadi yang mesra solat serta aktiviti yang menggalakkan renungan diri.
Melalui Halal Travel, panduan lengkap disediakan dengan teliti bagi memastikan setiap percutian, sama ada secara solo, bersama pasangan atau keluarga, tetap patuh syariah dan memberi kebaikan untuk jasmani serta rohani.
Sebagai nilai tambah, kempen ini juga memperkenalkan hab digital di www.myresipi.com/halaltravelmy, sebuah laman mikro yang memudahkan pengembara sebelum dan semasa perjalanan. Antara kandungan yang disediakan termasuk panduan makanan halal, etika kembara Muslim, senarai destinasi pilihan, penunjuk arah kiblat dan waktu solat secara langsung.
SERTAI PERADUAN #HalalTravelMY & MENANG HADIAH EKSKLUSIF

Sebagai tanda penghargaan kepada komuniti, Halal Travel Fasa 2 turut dimeriahkan dengan #HalalTravelMY Photo Contest.
Orang ramai dijemput untuk berkongsi momen percutian mesra halal mereka bagi merebut pelbagai hadiah eksklusif termasuk set bagasi dan pakej urutan tajaan jenama ternama seperti WOWSHOP dan Urban Retreat Spa.
Cara penyertaan:
- Muat naik gambar percutian mesra halal terbaik anda di ruangan komen pada hantaran Facebook rasmi peraduan.
- Pilih salah satu platform sama ada MyResipi, Sirap Limau, VOCKET atau Waktu Solat Malaysia.
- Sertakan hashtag rasmi #HalalTravelMY dalam komen anda untuk melengkapkan penyertaan.
Dengan menggabungkan elemen kesejahteraan, keimanan dan ganjaran menarik, Halal Travel terus menjadi peneraju dalam membentuk sebuah gerakan yang memperkaya ekosistem pelancongan agar lebih inklusif, berinspirasi dan berteraskan nilai untuk komuniti Muslim di Malaysia dan serata dunia.
Untuk maklumat lanjut, layari www.myresipi.com/halaltravelmy atau ikuti MyResipi, Sirap Limau, VOCKET dan Waktu Solat Malaysia di media sosial untuk info terkini, panduan dan kisah kembara inspirasi.
