Aktiviti bercuti memang sangat menyeronokkan, tetapi kadang-kadang badan jadi cepat lesu sebab banyak berjalan, duduk lama dalam kenderaan atau tidur tak cukup. Oleh itu, inilah masanya untuk anda lakukan senaman semasa travel!
Ramai yang fikir nak bersenam masa travel susah sebab tiada masa atau ruang. Sebenarnya, cukup 10 minit saja untuk aktifkan badan dan kekal bertenaga. Tak perlu peralatan pun!
Baca juga: Masuk PERCUMA Aquaria KLCC Sempena Bulan Hari Jadi, Tak Perlu Berenang…Ini Cara Tebusnya!
5 SENAMAN SEMASA TRAVEL YANG BOLEH BUAT SUPAYA KEKAL SIHAT, MAKIN ‘RANCAK’ BERJALAN!

Foto: freepik
1. Yoga Regangan Ringkas
Tak perlu tilam yoga pun, cukup lantai bilik hotel atau hamparan kain nipis. Fokus pada pose ringkas seperti Child’s Pose, Cat-Cow Stretch, dan Downward Dog. Senaman ini bantu longgarkan otot yang tegang lepas duduk lama dalam kapal terbang atau kereta.
– Sesuai dilakukan waktu pagi sebelum keluar berjalan.
2. Squat
Squat antara senaman paling mudah untuk aktifkan otot peha, pinggul dan perut. Berdiri tegak, buka kaki selebar bahu dan turunkan badan perlahan-lahan seolah-olah nak duduk. Ulang 10–15 kali.
– Tip: Buat 2–3 set untuk rasa lebih segar dan berstamina masa travel.
3. Naik Turun Tangga
Kalau hotel anda ada tangga, gunakan ia sebagai ‘mini gym’. Naik turun tangga selama 5–10 minit boleh buat jantung lebih sihat dan bakar kalori dengan cepat.
– Bonus: Lebih cepat sampai tingkat atas berbanding tunggu lif!
4. Plank
Nak kuatkan perut dan teras badan (core)? Plank adalah jawapannya. Cukup tahan posisi plank selama 30–60 saat. Kalau mampu, cuba variasi side plank untuk lebih cabaran.
– Senaman ini sesuai dibuat bila nak cepat, sebab ambil masa kurang daripada 2 minit pun dah terasa kesannya.
5. Lunges
Senaman lunges bagus untuk keseimbangan dan kekuatan otot kaki. Caranya mudah: langkah satu kaki ke depan, turunkan badan hingga lutut belakang hampir cecah lantai, kemudian kembali ke posisi asal. Ulang 10 kali setiap kaki.
– Senaman ni juga bantu elak rasa lenguh kalau anda banyak berjalan masa travel.
Kesimpulannya, tak ada alasan lagi nak malas bersenam bila pergi bercuti. Hanya dengan 10 minit sehari, anda boleh kekal cergas, segar, dan lebih enjoy setiap percutian.

Foto: freepik
*REV Media Group melalui My Resipi, Sirap Limau, VOCKET dan Waktu Solat Malaysia memperkenalkan Halal Travel, kempen yang direka khas untuk membantu pelancong Muslim ke luar negara dengan tenang, selamat dan penuh yakin.
Ia adalah inisiatif menyeluruh yang membawakan panduan makanan halal, waktu solat & arah kiblat, tip perjalanan & keselamatan serta aktiviti ‘halal-friendly’ yang menarik.
Layari www.myresipi.com/halaltravelmy untuk maklumat lanjut.
Baca juga: Pelancong Muslim Boleh ‘Survive’! Ini 5 Cara Mudah Cari Makanan Halal Di Negara Bukan Islam
