Euforia Bola 2026
Percutian

Awas! 7 Destinasi ‘Hot’ Ini Susah Nak Dapat Makanan Halal, Kena Hati-Hati Bila Datang

makanan halal

Bagi pelancong Muslim, mendapatkan makanan halal semasa bercuti di luar negara pasti akan menjadi cabaran, terutamanya apabila melancong ke negara bukan Islam.

Tujuh destinasi di bawah ini semakin menjadi pilihan pelancong Muslim tetapi agak sukar untuk mendapatkan pilihan makanan halal.

Baca juga: Ibu Kongsi Kisah Seram, Anak Tiba-Tiba Lari Ke Hujung Pantai Masa Main Pasir, Bila Ditanya Jawab Nak Ikut ‘Kakak’

LOKASI PERCUTIAN LUAR NEGARA YANG SUSAH DAPAT MAKANAN HALAL

MAKANAN HALAL

Freepik

Berikut merupakan lokasi percutian yang agak sukar untuk mendapatkan makanan halal:

1. Korea Selatan (Seoul, Busan, Jeju)

Korea Selatan semakin popular dalam kalangan pelancong Malaysia, tetapi makanan halal di sana masih terhad. Kebanyakan makanan tradisional Korea menggunakan bahan tidak halal seperti daging babi atau alkohol (mirin, soju).

Restoran halal lebih banyak tertumpu di kawasan Itaewon di Seoul, manakala di tempat lain agak sukar dan mahal.

2. Jepun (Tokyo, Osaka, Kyoto, Hokkaido)

Seterusnya, Jepun juga menjadi destinasi pilihan pelancong Muslim di Malaysia namun makanan halal masih agak susah untuk didapatkan terutama menu tradisional seperti ramen, sushi, dan kari Jepun.

Hal ini kerana rata-rata mengandungi mirin atau bahan tidak halal. Bagi memudahkan perjalanan di sana, anda boleh muat turun aplikasi halal finder, pilih vegetarian sushi atau beli makanan di pasar raya dengan label halal.

3. Thailand (Bangkok, Phuket, Chiang Mai)

Sebut sahaja Thailand, pasti rata-rata mula membayangkan tomyam, somtam dan sebagainya namun anda tetap perlu berhati-hati kerana risiko peralatan memasak tersebut bercampur dengan bahan haram.

Tips yang boleh dicuba untuk mencari makanan halal di Thailand adalah cari restoran Muslim tempatan, pilih makanan laut dan elakkan street food yang tidak jelas status halalnya.

4. China (Beijing, Shanghai, Harbin, Zhangjiajie)

China adalah negara yang sangat besar dan tidak semua kawasan mudah mendapat makanan halal. Walaupun ada komuniti Muslim seperti di Xi’an atau Yunnan yang menawarkan makanan halal, kebanyakan bandar utama seperti Beijing atau Shanghai agak sukar untuk pelancong Muslim.

MAKANAN HALAL

Freepik

5. Taiwan (Taipei, Kaohsiung)

Sama seperti di China, makanan halal di Taiwan agak sukar untuk ditemui terutamanya jika bukan kawasan pelancongan.

6. Vietnam (Hanoi, Ho Chi Minh, Da Nang)

Vietnam terkenal dengan keindahan semula jadi dan sejarah, tetapi makanan halal sangat terhad. Banyak makanan tradisional mengandungi lemak babi atau menggunakan sos yang tidak halal.

Difahamkan, terdapat juga biji kopi di sana yang diragui status halalnya.

7. Filipina (Manila, Cebu, Palawan)

Filipina jarang dianggap sebagai destinasi mesra Muslim. Makanan halal sangat sukar didapati di kebanyakan tempat pelancongan.

Walaupun destinasi-destinasi ini agak mencabar untuk pelancong Muslim, dengan perancangan awal, penggunaan aplikasi halal, dan membawa makanan segera halal, anda pasti boleh menikmati percutian dengan tenang.

Semoga bermanfaat!

REV Media Group melalui My Resipi, Sirap Limau, VOCKET dan Waktu Solat Malaysia memperkenalkan Halal Travel, kempen yang direka khas untuk membantu pelancong Muslim ke luar negara dengan tenang, selamat dan penuh yakin.

Ia adalah inisiatif menyeluruh yang membawakan panduan makanan halal, waktu solat & arah kiblat, tip perjalanan & keselamatan serta aktiviti ‘halal-friendly’ yang menarik.

Layari www.myresipi.com/halaltravelmy untuk maklumat lanjut.

Baca juga: Cara Bercuti Ke Utara Pakistan Bawah RM3000 Seorang, Boleh Pergi 7 Hari 6 Malam!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×