Euforia Bola 2026
Famili

Demi Nak Masakkan Nasi Ayam, Rakan Non-Muslim Ini Sanggup Ke Pasar Cari Ayam Halal Untuk Sahabat

ayam halal

Baru-baru ini, perkongsian seorang lelaki mengenai rakannya yang berbangsa Cina sanggup membeli ayam halal dan menggunakan peralatan memasak berasingan demi menyediakan nasi ayam untuknya telah menyentuh hati ramai.

Baca juga: Anak Bukan Mesin Belajar, Ini Yang Berlaku Bila Kelas Tambahan Padat, No.1 Kena Berhati-Hati!

LELAKI KONGSI RAKAN NON MUSLIM BELI AYAM HALAL DEMI MASAKKAN NASI AYAM

ayam halal

Foto: Threads @haimishamsudin

Menerusi satu hantaran yang dikongsikan oleh pengguna Threads, Haimi Shamsudin, dia memaklumkan bahawa dia bekerja di Singapura dan mempunyai rakan-rakan daripada pelbagai kaum.

Menurut Haimi, rakannya yang dikenali sebagai Choon, seorang lelaki berbangsa Cina yang telah bersara dan gemar memasak, mengajaknya merasai nasi ayam hasil air tangannya.

“Ni kawan Chinese aku. Apek lah, dia dah pencen, sekarang suka masak-masak. Dia cakap suruh aku cuba nasi ayam dia, sedap gila.”

Namun, Haimi pada awalnya menolak pelawaan tersebut kerana tidak mahu menyusahkan rakannya menyediakan makanan yang memenuhi syarat halal.

Sanggup ke pasar beli ayam halal, guna perkakas memasak berasingan

Tidak lama kemudian, Choon memaklumkan bahawa dia telah pergi ke pasar membeli ayam halal khas untuk dimasakkan kepada Haimi.

Malah, dia turut memberi jaminan bahawa semua perkakas memasak seperti pisau, bekas dan peralatan yang digunakan adalah berasingan serta tidak pernah digunakan untuk menyediakan makanan tidak halal.

“Jangan risau kawan. Saya tahu awak Muslim, semua mesti halal.”

Lebih menyentuh hati, Choon sanggup berjalan kaki menghantar sendiri nasi ayam tersebut ke depot tempat Haimi bekerja.

Makan banyak-banyak. Awak kerja kuat angkat orang ramai,” katanya.

Haimi turut berkongsi gambar ayam mentah halal yang dibeli rakannya sebelum dimasak, selain foto nasi ayam yang diterimanya.

Siap ajar cara panaskan ayam supaya kekal sedap

ayam halal

Foto: Threads @haimishamsudin

Bukan itu sahaja, menerusi satu lagi perkongsian, Haimi berkata Choon turut mengajarnya cara memanaskan semula ayam tersebut supaya rasanya kekal enak.

Selepas Haimi menghantar mesej memuji keenakan nasi ayam itu, Choon sekali lagi menunjukkan keprihatinannya.

Menurut Haimi, rakannya itu bertanya waktu dia tamat bekerja sebelum menunggu di hentian bas yang biasa dilaluinya untuk menyerahkan sebungkus lagi nasi ayam.

Ramai tersentuh, puji sikap saling menghormati

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi positif daripada netizen yang memuji keikhlasan Choon menghormati tuntutan agama rakannya.

Ramai turut berpendapat bahawa persahabatan yang dibina atas dasar saling menghormati jauh lebih bermakna berbanding perbezaan agama atau bangsa.

Antara komen yang ditinggalkan ialah:

“Balas balik effort dia masakkan untuk awak. Tak semua orang baik. Tapi rezeki awak jumpa orang baik.”

“Tak semua non-Muslim hati busuk. Yang ada betul-betul prihatin. Syukur Alhamdulillah dapat sahabat macam ni. Susah nak cari.”

“Bagusnya kawan non-Muslim tu. Concern bab halal.”

Malah, ada juga pengguna berkongsi pengalaman mereka mempunyai rakan bukan Islam yang menyediakan set pinggan, sudu, periuk dan peralatan memasak khas untuk tetamu Muslim sebagai tanda menghormati kepercayaan mereka.

Perkongsian ini menjadi bukti bahawa sikap saling menghormati dan memahami pegangan agama masing-masing mampu mengeratkan hubungan sesama masyarakat, sekali gus menyemai semangat perpaduan tanpa mengira latar belakang.

Baca juga: Lelaki Rog*l Kanak-Kanak 8 Tahun, Cuba ‘Tutup Mulut’ Mangsa Dengan RM3

Sumber: Threads @haimishamsudin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×