Bercuti dengan anak kecil atau travel dengan anak ramai sememangnya pengalaman berharga, tapi tak dinafikan ia juga boleh jadi mencabar.
Ada masa kita bayangkan percutian penuh dengan gelak tawa, tapi realitinya penuh dengan tangisan, drama berebut mainan, dan jadual yang lari daripada rancangan asal yang membuatkan mak ayah stres!
CARA TRAVEL DENGAN ANAK KECIL TANPA STRES SAMPAI GUGUR RAMBUT

Foto: freepik
Jangan risau, dengan sedikit persediaan dan sikap lebih fleksibel, anda boleh elak stres sekaligus menjadikan percutian keluarga lebih seronok dan bermakna. Berikut adalah beberapa langkah praktikal untuk memastikan perjalanan lebih tenang dan menyeronokkan:
1. Rancang jadual yang fleksibel : Elakkan aktiviti terlalu padat kerana anak kecil mudah letih.
2. Sediakan keperluan asas anak-anak : Bawa pakaian tambahan, ubat, makanan ringan, serta mainan kegemaran.
3. Terima kemungkinan gangguan jadual : Anak mungkin meragam atau ingin berehat lebih lama. Kesabaran sangat penting.
4. Galakkan anak terlibat : Biarkan mereka membuat pilihan kecil agar lebih bersemangat.
5. Bahagikan tanggungjawab dengan pasangan : Kerjasama dapat mengurangkan tekanan sepanjang percutian.
6. Utamakan keselamatan dan keselesaan : Pilih lokasi mesra keluarga seperti resort, taman tema atau homestay dengan fasiliti sesuai.
7. Nikmati momen bersama : Walaupun berlaku perkara tak dijangka, pengalaman bercuti bersama anak-anak tetap bernilai untuk dikenang.

Foto: freepik
Kesimpulannya, percutian bersama anak-anak tidak perlu menjadi punca stres jika ibu bapa bersikap tenang, fleksibel dan membuat persiapan rapi. Barulah ‘happy family’!
REV Media Group melalui My Resipi, Sirap Limau, VOCKET dan Waktu Solat Malaysia memperkenalkan Halal Travel, kempen yang direka khas untuk membantu pelancong Muslim ke luar negara dengan tenang, selamat dan penuh yakin.
Ia adalah inisiatif menyeluruh yang membawakan panduan makanan halal, waktu solat & arah kiblat, tip perjalanan & keselamatan serta aktiviti ‘halal-friendly’ yang menarik.
Layari www.myresipi.com/halaltravelmy untuk maklumat lanjut.
Baca juga: Ini Cara Paling Senang Naik Feri Pulau Pinang Yang Baharu, Seronok & Tak Perlu Kelam-Kabut!
Sumber: CDC
