Ketika ramai lepasan SPM mencari kerja sambilan sementara menunggu keputusan peperiksaan, seorang remaja di Kelantan memilih laluan berbeza dengan memikul tanggungjawab sebagai imam rawatib di beberapa masjid sekitar Kota Bharu.
Ahmad Ameerul Ameen Azaha, 17 tahun, menerima tawaran mengimamkan solat fardu di masjid-masjid tertentu, sekaligus mengisi masa menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dijadualkan diumumkan pada Mac hadapan.
Baca juga: 11 Tahun Menanti Zuriat, Pemandiri Kanser Payudara ‘Rare’ Ini Akhirnya Bergelar Ibu!
PEMUDA LEPASAN SPM PILIH JADI IMAM

Gambar: Kelantan Daily.
Imam rawatib merupakan imam sementara yang membantu mengimamkan solat di masjid yang mempunyai imam tetap tetapi berdepan kekangan jadual. Ia memberikan peluang remaja ini menimba pengalaman kepimpinan dan tanggungjawab dalam komuniti.
Difahamkan, Ahmad Ameerul kini melalui beberapa sesi temu duga selepas menerima tawaran daripada masjid-masjid di sekitar Kota Bharu, termasuk Masjid Imanul Fa’izin, yang memerlukan khidmat imam tambahan untuk solat fardu harian.
Pilihan remaja ini memperlihatkan pendekatan berbeza dalam kalangan lepasan SPM. Daripada memilih bekerja sambilan yang lazimnya, Ahmad Ameerul menumpukan masa untuk berkhidmat kepada masjid, sambil membina pengalaman dan disiplin diri yang berharga.
Terbaik anak muda!

Gambar hiasan: Bincang Syariah.
Sumber: Kelantan Daily
FT Image: Kelantan Daily
