Ramai lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kemungkinan belum tahu bahawa terdapat laluan terus untuk menjadi penjawat awam dalam sektor kesihatan melalui program Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma.
Program ini membuka peluang besar untuk menyertai perkhidmatan kerajaan selepas tamat latihan.
Baca juga: Musim Peperiksaan Dah Tiba…Ini Senarai Doa ‘Power’ Bantu Anak Skor, Mak Ayah Boleh Amalkan Bersama
LEPASAN SPM UNTUK JADI PENJAWAT AWAM KKM
Lebih menarik, peserta bukan sahaja menerima latihan profesional di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tetapi juga diberi elaun sepanjang tempoh pengajian tanpa perlu menanggung kos seperti institusi pendidikan biasa.
“Tak ramai tahu, lepasan SPM boleh belajar bawah kerajaan melalui Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma. Habis belajar boleh jadi penjawat awam. Jimat tak perlu bayar kos pengajian sebab ada elaun,” jelas e-Central di hantaran Facebook.
Apa itu Latihan Separa Perubatan KKM?
Latihan Separa Perubatan KKM ialah program di bawah KKM yang terbuka kepada lepasan SPM atau kelayakan setaraf. Permohonan dibuat melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA).
Latihan dijalankan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM), dan graduan berpeluang diserap terus sebagai penjawat awam sama ada secara tetap atau kontrak bergantung kepada kekosongan jawatan.
Tempoh latihan & pengambilan
Program ini ditawarkan dalam dua peringkat:
- Diploma: Tempoh latihan 3 tahun
- Sijil: Tempoh latihan 2 tahun
Pengambilan pula diadakan dua kali setahun iaitu pada April dan Oktober, dengan pelaksanaan baharu berkuat kuasa sesi Oktober 2026.
Kenapa ramai pilih laluan ini untuk jadi penjawat awam?
Antara kelebihan utama program ini:
- Laluan terus menjadi penjawat awam
- Latihan di bawah KKM yang diiktiraf
- Elaun sepanjang tempoh pengajian
- Kos pengajian ditanggung kerajaan
- Peluang diserap sebagai pekerja tetap atau kontrak
Baca juga: Malaysia Boleh! 5 Universiti Tempatan Kini Dalam Kelompok 10 Terbaik Asia Tenggara

Gambar hiasan: Gemini AI
SENARAI PROGRAM DIPLOMA SEPARA PERUBATAN
Terdapat 10 bidang utama bagi peringkat diploma:
- Latihan Jururawat
- Latihan Penolong Pegawai Perubatan
- Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
- Latihan Juru X-Ray (Pengimejan Perubatan/Terapi)
- Latihan Jurupulih Perubatan Fisioterapi
- Latihan Jurupulih Perubatan Cara Kerja
- Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
- Latihan Penolong Pegawai Farmasi
- Latihan Juruteknologi Pergigian
- Latihan Juruterapi Pergigian
Senarai Program Sijil Separa Perubatan
Untuk peringkat sijil, dua program ditawarkan:
- Latihan Pembantu Kesihatan Awam
- Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian
Semak syarat permohonan
Calon boleh menyemak syarat penuh di laman rasmi SPA: https://www.spa.gov.my/syarat…/latihan-separa-perubatan
Maklumat terkini juga boleh diikuti melalui Facebook rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
Sumber: SPA
FT Image: Gemini AI

