Euforia Bola 2026
Famili

Penat Berdiri Lama Kerja Kedai Kek, Lepasan SPM Berhenti Lepas 4 Hari, Ugut Majikan Minta Bayar Gaji!

LEPASAN SPM

Sudah menjadi satu lumrah, lepasan SPM biasanya akan mencari kerja secara sambilan untuk menimba pengalaman dan mengumpul wang belanja.

Ini bermakna peniaga di luar sana mempunyai peluang untuk mengambil tenaga kerja muda yang lebih bersemangat, bertenaga, selain bersedia belajar perkara baharu.

Baca juga: “Kena Panggil Pest Control” – Kecoh Anak Lelaki Shila Amzah Ada Kutu, Rupanya Berjangkit Di Sekolah

LEPASAN SPM BERHENTI KERJA LEPAS 4 HARI

LEPASAN SPM

Freepik (Sekadar gambar hiasan)

Walau bagaimanapun, menerusi perkongsian di aplikasi Thread, seorang pemilik bakeri mendedahkan tindakan tidak masuk akal yang dilakukan oleh pelajar lepasan SPM.

Menerusi pendedahan itu, dapat dilihat bahawa ibu kepada pelajar berkenaan yang menghubungi pemilik bakeri berkenaan untuk memohon kerja bagi pihak anaknya.

Pemilik bakeri memberitahu pelajar lepasan SPM itu bahawa sekiranya berhenti ketika tempoh percubaan iaitu dalam masa 1 minggu, dia tidak akan menerima sebarang bayaran.

Namun, pelajar lepasan SPM itu hanya mampu bertahan selama empat hari sahaja dan memberi alasan terlalu penat kerana perlu berdiri lama.

“Masa temu duga kerja, kami dah beritahu bahawa kami perlukan pekerja untuk production projek raya 2 bulan. 2 bulan sahaja. Bukan senang nak train orang baru yang tak ada pengalaman jadi kami bagi syarat kalau nak kerja, tarik diri dalam tempoh percubaan (1 minggu) tak akan dapat gaji.

“Masa temuduga setuju tetapi tarik diri hari ke-4, tanpa sebarang notis. Kemudian, si ibu minta gaji 4 hari anaknya kerja. Tak sempat production baru briefing to production. Dah minta berhenti kata kerja penat, berdiri lama, mengeluh dan lain-lain,” ujar pemilik bakeri.

Tindakan pelajar lepasan SPM itu membuatkan dia tidak dapat menerima sebarang bayaran dan menjadi lebih tegang apabila si ibu mula masuk campur.

Ibu pelajar lepasan SPM itu tetap berkeras dengan keputusannya selain menyatakan bahawa kes ini akan dibawa ke pejabat buruh.

Menerusi perkongsian itu, rata-rata tidak bersetuju dan tidak pelajar lepasan SPM dan ibunya itu kerana telah menyusahkan pihak pemilik bakeri.

Baca juga: Maahad Tahfiz Negeri Pahang Sekolah Top 1 SPM 2023, Guna Aplikasi Pandai Memang Membantu!

Sumber: Thread Nik Mujahidah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×