Pemandu kereta Honda Jazz yang terlibat dalam insiden kemalangan maut melibatkan seorang pelajar UniSZA disahkan sakit mental dan mempunyai sejarah rawatan kesihatan mental di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor memaklumkan, lelaki berusia 32 tahun itu telah didiagnosis menghidap Major Depressive Disorder (MDD) dan menerima rawatan susulan sejak Januari tahun lalu.
Baca juga: Bapa Penuntut UniSZA Nampak Mayat Atas Jalan, Tak Sangka Rupanya Anak Perempuan Sendiri
LELAKI REMPUH PENUNTUT UNISZA DISAHKAN SAKIT MENTAL

Kredit: NST Online
Beliau berkata, suspek yang mengalami kecederaan patah pada tangan kanan serta beberapa luka ringan di bahagian badan kini masih dirawat di hospital berkenaan.
“Kereta Honda Jazz yang digunakan semasa kejadian merupakan milik adik lelaki itu dan bukannya kenderaan curi seperti yang tular di media sosial,” jelasnya.
Menurut beliau lagi, siasatan awal mendapati suspek sempat memasuki sebuah kereta Honda City yang diparkir di kawasan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah sebelum kejadian, dan mengambil beberapa barangan termasuk wang tunai berjumlah RM200 milik pemilik kenderaan tersebut.
“Selepas itu, lelaki berkenaan kembali ke dalam Honda Jazz dan memandu laju sehingga terlibat dalam kemalangan di Jalan Kemajuan,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat andaian sendiri serta menghentikan penyebaran maklumat tidak tepat berkaitan kes tersebut.
Tambah beliau, lelaki terbabit akan ditahan bagi membantu siasatan lanjut, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Baca juga: Persiapan Hari Bahagia Berakhir Duka, Bakal Pengantin Meninggal Dunia Disengat Tebuan
Sumber: Harian Metro
