Walau sejauh mana kaki melangkah demi tugasan untuk negara, meninggalkan keluarga dan pasangan tetap menjadi pengorbanan paling berat buat setiap anggota keselamatan termasuk anggota MALBATT. Hari berganti hari, rasa rindu yang cuba dipendam semakin menyesakkan dada menunggu saat untuk kembali memeluk insan tercinta.
Itulah detik penuh emosi yang dilalui anggota tentera, Koperal Udara Nur Aisah, ketika pulang ke tanah air selepas setahun bertugas dalam misi pengaman di Lubnan.
“YANG SINGLE JANGAN TENGOK”- ANGGOTA MALBATT PULANG JUMPA SUAMI SELEPAS SETAHUN BUAT RAMAI TERHARU

Menurut Nur Aisah, misi yang disertainya bersama Malbatt 850-12 telah pun tamat dan kini digantikan oleh kumpulan baharu, Malbatt 850-13.
“Kami dah habiskan misi di Lubnan. Saya mula bertugas dari November tahun lepas,” katanya.
Dia turut berkongsi jadual pertukaran terakhir pasukan di Lubnan.
“Chalk 2 pada 10 November, Chalk 3 pada 14 haribulan, dan Chalk 4 pada 18 November,” jelasnya.
Dalam video yang dimuat naiknya, kelihatan senyuman yang tak mampu ditahan saat dia berlari mendapatkan suami yang juga merupakan anggota tentera udara juga sejurus tiba di tanah air pada 10 November lalu. Lebih menyentuh hati, pasangan ini sebenarnya baru sahaja melangsungkan perkahwinan sebelum dia berangkat menyertai misi kemanusiaan.
Setahun berjauhan, setahun menahan rindu. Kini, semuanya terbayar dengan detik pelukan pertama yang mengalirkan rasa syukur dan lega.
“Kami harungi perbezaan waktu dan panggilan lewat malam”

Nur Aisah turut meluahkan rasa syukur atas ketabahan mereka sebagai pasangan suami isteri jarak jauh.
“Kami harungi panggilan lewat malam, kebimbangan dan perbezaan waktu. Selamat kembali buat kami, suami dan isteri,” tulisnya.
Video tersebut nyata menyentuh hati ramai pengguna media sosial. Ruangan komen turut dipenuhi kisah dan pengalaman daripada pasangan yang pernah melalui hubungan jarak jauh.
“Comel gila lari-lari tu, lepas tu suami terkejut. Aduh sweet!” komen seorang warganet.
“Perasaan tu memang tak dapat digambarkan. Saya dulu LDR dengan suami selama hampir lapan tahun. Bila jumpa, rasa macam baru bercinta semula,” kongsi seorang lagi.
@ecahkato_ We survived the late calls, the worries, the time zones. Welcome back to us.. Husbaby & Wifey @Capt N 🤍 Hello Malaysia!! 🇲🇾 #malbatt85012🇲🇾🇱🇧 #fyp #malaysiatiktok #foryou #malbatt ♬ Di Akhir Perang Cinematic Orchestra – SORA TUNE 🎹
Semoga Koperal Udara Nur Aisah dan suami terus dilimpahi kasih sayang dan kebahagiaan hingga ke akhirnya selepas setahun diuji dengan jarak, kini tiba masanya untuk menikmati detik bersama yang tertangguh. Manis sangat!
Sumber: Tiktok @ecahkato_
