Euforia Bola 2026
Famili

Kes Tentera Maut: Detik Atuk Cium Keranda Cucu Undang Sebak, “Momen Paling Meruntun Hati Pernah Tengok..”

anggota tentera maut

Terbaharu, satu kejadian melibatkan seorang anggota tentera maut bukan sahaja meraih perhatian, malah turut mengundang sebak dalam kalangan masyarakat apabila momen terakhir bersama keluarga tular di media sosial.

Walaupun video itu hanya beberapa saat sahaja namun momen berkenaan cukup membuatkan hati meruntun walau sesiapa sahaja yang melihatnya.

Baca juga: “Walaupun Kecil, Cukup Bermakna” — Comelnya! PM Terima Duit Raya RM7 Daripada Dua Kanak-Kanak

ANGGOTA TENTERA MAUT, TINDAKAN DATUK BUAT RAMAI SEBAK

ANGGOTA TENTERA MAUT

Video tersebut merakamkan saat dia seolah-olah meminta rombongan yang mengiringi jenazah untuk berhenti seketika.

Mangsa, Muhammad Amirul Raziq, 24 tahun, dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam insiden kekerasan di Kem Batalion Ke-25 Rejimen Askar Melayu Diraja di Pahang pada 30 Mac lalu.

Allahyarham sebelum itu berada dalam keadaan koma selama kira-kira dua minggu sebelum disahkan menghembuskan nafas terakhir pada 11 April.

Apa yang paling menyentuh perasaan ramai adalah tindakan datuknya yang mendekati keranda cucunya. Dalam suasana hiba, dia dilihat mencium keranda tersebut buat kali terakhir sebelum jenazah dibawa pergi.

Jenazah kemudiannya dikebumikan di Tanah Perkuburan Pusara Damai Felda Sungai Kelamah, diiringi ahli keluarga dan kenalan terdekat.

Rakaman singkat itu nyata mengundang sebak dalam kalangan netizen, yang rata-rata tersentuh melihat kasih sayang seorang datuk yang tidak sempat mengucapkan selamat tinggal dengan lebih lama.

ANGGOTA TENTERA MAUT

Dalam perkembangan berkaitan, seorang anggota tentera berpangkat koperal, Sukry Tasu, 37, kini berdepan pertuduhan yang dipinda daripada Seksyen 325 kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Selain itu, terdapat enam lagi pertuduhan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang melibatkan kecederaan terhadap enam anggota lain.

Kisah ini bukan sahaja membuka mata ramai, malah menjadi peringatan tentang betapa berharganya setiap detik bersama insan tersayang kerana ada perpisahan yang datang tanpa diduga.

@muhamad.zafika Kasih seorang bernama ATUK kepada cucunya 😢 #amirulraziq #along #tuntutkeadilan ♬ Harum Setangkai Doa – Inteam

Baca juga: Hati-Hati Pilih Nama Anak! Ustaz Dzulkhairi Perjelas Kekeliruan ‘Raisya’ vs ‘Raisa’, Rupa-Rupanya Maksud Jauh Berbeza

Sumber: Berita Harian & TikTok Muhamad Zafika

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×