Euforia Bola 2026
Famili

Aplikasi Waktu Solat Malaysia Perkenal Pelan Tanpa Iklan, Lebih Lancar Untuk Pengguna Tanpa Gangguan

waktu solat malaysia

Bagi memudahkan umat Islam menguruskan ibadah harian, aplikasi Waktu Solat Malaysia kini tampil dengan penambahbaikan baharu sempena Ramadan 2026.

Aplikasi gaya hidup Islam di bawah REV Media Group (REV) ini memperkenalkan langganan tanpa iklan serta ciri artikel dalam aplikasi bagi memberikan pengalaman penggunaan yang lebih lancar.

Baca juga: Media Prima Tawar RM100 Setiap Minggu Melalui ‘Bonanza Berkat’, Jom Kumpul Kata Kunci & Menang Duit Raya!

WAKTU SOLAT MALAYSIA PERKENAL LANGGANAN TANPA IKLAN, ARTIKEL DALAM APLIKASI

waktu solat malaysia

Inisiatif ini diperkenalkan selepas mengambil kira maklum balas pengguna yang mahukan penggunaan aplikasi lebih selesa, selamat serta tidak terganggu dengan iklan ketika mengakses pelbagai panduan ibadah.

Langganan tanpa iklan pada harga berpatutan

Menerusi kemas kini terbaharu di App Store dan Play Store, pengguna kini boleh melanggan pelan tanpa iklan dengan beberapa pilihan harga yang lebih fleksibel.

Antara pelan langganan yang ditawarkan ialah:

  • Bulanan: RM9.90
  • Suku Tahun (3 bulan): RM28 (RM9.33/bulan berbanding RM45)
  • Tahunan: RM108 (RM9/bulan berbanding RM180)

Langganan ini boleh dibuat dengan mudah melalui beberapa kaedah pembayaran seperti:

  1. Pelan rangkaian telefon bimbit
  2. FPX
  3. E-dompet
  4. Kad kredit atau debit
  5. Perbankan DuitNow

Selepas melanggan, pengguna boleh menikmati akses tanpa gangguan kepada pelbagai ciri utama aplikasi termasuk:

  • Waktu solat
  • Al-Quran digital
  • Arah kiblat
  • Tasbih harian
  • Doa harian
  • Panduan solat
  • Zikir harian

Menariknya, pelanggan juga akan menerima akses percuma ke platform penstriman Tonton tanpa iklan yang menawarkan pelbagai kandungan hiburan seperti drama eksklusif, filem serta program TV daripada Media Prima termasuk TV3, TV9 dan 8TV.

Turut disediakan ialah saluran premium seperti TVN, Animax dan GEM serta kandungan drama Korea.

Safwan Rahim, Pengurus Program OTT, REV berkata,

“Kami mendengar maklum balas pengguna, terutamanya berkaitan iklan yang mengganggu yang menyebabkan kekeliruan dan kadang-kadang menimbulkan syak wasangka kandungan yang tidak sesuai. Dengan pilihan tanpa iklan ini, kami menyediakan pengalaman yang lebih lancar dan fokus kepada semua pengguna kami.

Dengan pelancaran ini, kami berhasrat meningkatkan pengalaman pengguna, memastikan keperluan rohani, pendidikan dan hiburan mereka dipenuhi dalam persekitaran selamat tanpa iklan.”

Baca juga: Zara Zya & Jazmy Juma Disatukan Dalam Komedi Romantik, ‘Namamu Cinta’ Eksklusif Di Tonton!

waktu solat malaysia

Artikel dalam aplikasi mudahkan akses ilmu

Selain langganan tanpa iklan, aplikasi Waktu Solat Malaysia turut memperkenalkan ciri artikel dalam aplikasi (In-App Article) bagi memudahkan pengguna mendapatkan pelbagai informasi berkaitan Islam.

Melalui ciri ini, pengguna boleh:

  • Membaca sebahagian artikel terus dalam aplikasi
  • Menemui pelbagai topik berkaitan gaya hidup Islam
  • Mengakses kandungan ilmu dengan lebih mudah

Untuk bacaan penuh artikel, pengguna akan dibawa terus ke portal rasmi www.waktusolat.digital.

Safwan menambah,

“Ciri ini memudahkan pengguna mengakses pelbagai kategori artikel menarik merangkumi panduan ibadah, berita Islam, persoalan hukum, inspirasi serta gaya hidup Islam semuanya hanya di hujung jari tanpa perlu mencari di tempat lain.”

Dengan penambahbaikan ini, aplikasi Waktu Solat Malaysia dilihat terus memperkukuh peranannya sebagai rujukan digital umat Islam khususnya ketika Ramadan.

Baca juga: Bukan Semua Yang Berjubah Itu Baik? Ikuti Sisi Gelap ‘Di Sebalik Jubah’ Eksklusif Hanya Di Tonton!

Sumber: Waktu Solat Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×