Euforia Bola 2026
Nur

Aplikasi Waktu Solat Malaysia Kini Bebas Iklan! Hanya RM9.90 Sebulan Dah Boleh Dapat Banyak Info Keagamaan

aplikasi waktu solat malaysia

Aplikasi Waktu Solat Malaysia yang terkemuka di negara ini di bawah REV Media Group (REV) kini memperkenalkan langganan tanpa iklan untuk 1.5 juta penggunanya.

Sehingga kini, Waktu Solat Malaysia telah mencapai 9.8 juta muat turun dan 8.3 juta sesi bulanan, menunjukkan populariti dan kepercayaan pengguna terhadap platform gaya hidup Islam yang komprehensif ini.

Baca juga: Rupanya Ada 3 Jenis Solat Makmum Tak Boleh Ikut Imam, Jangan Sampai Solat Jadi TAK Sah!

APLIKASI WAKTU SOLAT MALAYSIA KINI BEBAS IKLAN

aplikasi waktu solat malaysia

Menurut Safwan Rahim, Pengurus Program OTT, REV pihaknya mendengar maklum balas pengguna, terutamanya berkaitan iklan yang mengganggu yang menyebabkan kekeliruan dan kadang-kadang menimbulkan syakwasangka kandungan yang tidak sesuai.

“Dengan pilihan tanpa iklan ini, kami menyediakan pengalaman yang lebih lancar dan fokus kepada semua pengguna kami,” jelasnya.

Pengguna boleh membuat langganan secara bulanan, suku tahun, atau tahunan pada harga berpatutan dengan diskaun menarik selepas mengemaskini versi aplikasi di App Store dan Play Store:

  • Bulanan: RM9.90
  • Suku Tahun (3 bulan): RM28 (RM9.33/bulan, berbanding RM45 biasanya)
  • Tahunan: RM108 (RM9/bulan, berbanding RM180 biasanya)

Langganan boleh dibuat dengan mudah melalui pelan rangkaian telefon bimbit, FPX, e-dompet, kad kredit dan debit, serta pilihan perbankan DuitNow.

aplikasi waktu solat malaysia

Freepik

Setelah melanggan, pengguna mendapat akses tanpa gangguan kepada pelbagai ciri termasuk waktu solat, al-Quran, arah kiblat, tasbih harian, doa harian, panduan solat, dan zikir, semuanya tanpa iklan.

Selain itu, pengguna yang melanggan turut mendapat akses ke platform penstriman Tonton, membuka semua kandungan premium tanpa iklan.

Ini termasuk drama eksklusif, filem, dan program TV keluaran Media Prima (TV3, TV9, 8TV), saluran premium (TVN, Animax, GEM), kandungan Korea, serta ganjaran dan tawaran istimewa seperti diskaun, tiket acara/konsert eksklusif melalui Tonton Rewards, dan akses lebih awal ke kandungan baharu, berbanding versi percuma yang terhad dan disertai iklan.

“Dengan pelancaran ini, kami berhasrat meningkatkan pengalaman pengguna, memastikan keperluan rohani, pendidikan, dan hiburan mereka dipenuhi dalam persekitaran selamat tanpa iklan,” tambah Safwan Rahim.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×