Setiap kali berita pemergian seseorang tersebar di media sosial, kita sering melihat poster takziah berlatar hitam sebagai tanda penghormatan terakhir.
Namun, tidak semua sempat menyiapkan poster takziah dengan cepat untuk hebahan terutama ketika emosi masih bercampur-baur dan keadaan masih tidak terurus.
Baca juga: Rindunya Rasa Hati…Amal Doa Ini Untuk Gandakan Pahala Ibu Bapa Yang Sudah Meninggal
LELAKI BINA LAMAN WEB MUDAHKAN BUAT POSTER TAKZIAH ORANG MENINGGAL DUNIA

Seorang pengguna Threads, @abualif120, tampil dengan idea kreatif menerusi projek terbaharunya yang dinamakan ‘TAKZIAH’, sebuah laman web yang membolehkan pengguna menghasilkan poster takziah secara automatik, cepat dan mudah, tanpa perlu mahir dalam rekaan grafik.
“Dulu ahli keluarga saya meninggal dunia, tapi tak sempat buat poster. Pernah juga hampir kehilangan orang tersayang. Masa tu menggelabah nak buka Canva dan cari gambar,” jelasnya tentang ilham di sebalik projek ini.
Inisiatif ini mendapat sambutan hangat daripada netizen yang menzahirkan rasa terima kasih atas usaha tersebut. Ramai menganggap laman web TAKZIAH sangat membantu, terutama dalam menghadapi detik sukar dan penuh emosi apabila seseorang tersayang pergi buat selamanya.
Cara guna ‘Takziah Poster Generator’:
- Pergi ke laman takziah.com.
- Klik “Mula Buat Poster Sekarang”.
- Isi maklumat yang diperlukan.
- Muat turun poster yang telah siap.
Selain itu, beberapa pengguna turut mencadangkan penambahbaikan kecil seperti menambah pilihan template dan koleksi gambar agar laman web ini menjadi lebih fleksibel untuk semua.
“Semoga projek kecil ini dimanfaatkan sebaiknya,” ujar pengguna sambil berharap laman web TAKZIAH terus memberi manfaat kepada masyarakat.

Dengan kehadiran laman web seperti ini, sedikit sebanyak ia membantu memudahkan urusan ramai yang ingin menyampaikan ucapan takziah dengan cara yang sopan dan bermakna walaupun dalam suasana penuh duka. Terima kasih!
Baca juga: Ramai Baca Surah Al-Waqiah, Tapi Tak Tahu Cara Amal Ayat 74 & 96 Jadi RAHSIA Anda Cepat Kaya Raya!
Sumber: Threads, Takziah.com
