Euforia Bola 2026
Famili

“Mak, Tolong Saya Accident…”- Niat Nak Buat Lawak, Tapi Jadi Tragedi…Trend AI Prank Call Makin Tak Masuk Akal!

prank call

Sejak minggu lalu, muncul satu trend pelik tapi membimbangkan di media sosial iaitu AI prank call. Ramai anak muda berlumba-lumba meniru suara menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI), berpura-pura menangis, kononnya kemalangan atau diculik, hanya semata-mata untuk tontonan yang tinggi.

Tanpa disangka, kandungan sebegini boleh membuatkan orang ramai terutamanya yang kurang mahir dalam teknologi menjadi cuak!

Baca penuh: “Jangan Seronok Sangat…”- Bahaya Edit Gambar Guna Prompt AI, Risiko Diguna Deepfake & Dark Web!

TREND AI PRANK CALL , GURAUAN BOLEH CETUS TRAUMA!

AI prank call

Berdasarkan luahan dari saudara Hariz Ridhauddin, trend ini dilakukan kononnya untuk melihat apakah reaksi ibu bapa sendiri. Tapi bila ditonton semula, rasa lucu yang mereka harapkan langsung tidak muncul kerana apa yang ada cuma rasa takut, marah dan kasihan.

Bayangkan, seorang ibu sedang melipat baju, tiba-tiba menerima panggilan dari suara yang disangkanya anak sendiri, menangis dan merayu minta tolong, “Mak… tolong… saya accident…”

Jantung mana yang tak bergetar? Tanpa fikir panjang, dia capai kunci kereta dan terus memecut ke lokasi yang entah betul entah tidak. Dalam kepala cuma satu doa yang berulang-ulang, “Ya Allah, selamatkan anak aku…” Semua itu hanya kerana satu lawak palsu.

Yang menyedihkan, mangsa prank ini bukan orang lain, tapi mak ayah sendiri iaitu insan yang paling menyayangi kita. Mereka bukan generasi teknologi, mereka tak tahu tentang deepfake, voice cloning atau AI generator. Apa yang mereka dengar hanyalah suara anak mereka yang kedengaran dalam bahaya.

Bahaya ‘Kuasa’ AI Di Tangan Yang Salah, Ini Cara Kenal Pasti

AI prank call

Foto: freepik

Kini, dengan kemunculan AI seperti ‘Sora 2’ yang mampu menghasilkan video realistik dalam masa beberapa minit, bayangkan apa akan terjadi jika teknologi ini disalahguna untuk konten yang lebih ekstrem? Apa yang lebih merisaukan adalah, hari ini cuma tukar suara mungkin esok tukar wajah, cipta video palsu kemalangan, atau lebih teruk fitnah visual yang nampak seolah-olah benar.

Kita selalu dengar, “AI ni masa depan.” Betul, tapi masa depan itu hanya indah kalau digunakan dengan nilai kemanusiaan. AI bukan musuh tapi ia sekadar alat. Yang jadi bahaya ialah manusia yang hilang pertimbangan.

Anak muda hari ini begitu teruja dengan kuasa teknologi, tapi lupa semak sempadan moral. Mereka boleh reka suara, tapi tidak boleh reka kasih sayang sebenar. Mereka boleh hasilkan video, tapi tidak boleh hidupkan semula seseorang kalau tragedi benar-benar berlaku. Jadi, perhatikan ciri-ciri ini pada gambar yang dihantar terlebih dahulu supaya tak jadi mangsa!

1. Perhatikan Perincian Wajah & Tubuh

AI selalunya “hebat tapi tak sempurna.” Cuba tengok bahagian-bahagian berikut dengan teliti:

  • Mata – kadang tak sejajar, satu besar satu kecil, atau pandangan mata tak fokus.
  • Telinga – bentuknya pelik atau tak sama kiri kanan.
  • Gigi – nampak kabur, berlebihan, atau tak sejajar.
  • Jari tangan – AI kerap “terlebih jari” (5–7 jari) atau bentuk tangan nampak ganjil.
  • Tekstur kulit/pakaian – nampak terlalu licin, bercahaya tak natural, atau bercantum pelik dengan latar belakang.

2. Gunakan Alat Pemeriksa Imej (Image Forensics Tool)

Ada beberapa website percuma untuk semak sama ada gambar itu mungkin hasil AI atau diedit:

  • Hugging Face – AI or Not
  • Illuminarty.ai
  • Deepware.ai
  • Google Lens / Bing Visual Search – boleh kesan jika imej sama pernah muncul di laman lain (menunjukkan ia mungkin digunakan semula oleh AI).
  • Caranya mudah — muat naik gambar, dan sistem akan analisis sama ada ia dari model AI seperti Midjourney, DALL·E, atau Stable Diffusion.

Baca juga: Cara Buat Gambar ‘Ghibli Style’ Yang Jadi Trend, Rupanya Buat Macam Ni Baru Tak ‘Lari’ Wajah!

Sumber: Hariz Ridhauddin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×