Sempena perayaan Thaipusam tidak lama lagi, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan Perkhidmatan KTM Komuter 24 Jam selama empat hari tiga malam yang akan bermula pada 9 sehingga 12 Februari 2025.
Selain itu, KTMB turut menawarkan perkhidmatan tambang percuma selama dua hari iaitu bermula pada tarikh 10 dan 11 Februari.
Baca juga: Elak Calon Peperiksaan SPM 2025 Tidak Hadir Dan Tercicir, KPM Buat Pengesanan Awal
PERKHIDMATAN KTM KOMUTER 24 JAM & PERCUMA SELAMA 2 HARI

Kredit: KTM Berhad
Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke, kemudahan itu diberikan kepada penumpang KTM Komuter Lembah Klang, menggunakan mekanisme imbasan keluar melalui pintu automatik (ACG), selain perkhidmatan itu akan beroperasi 24 jam bagi tempoh empat hari bermula Ahad.
“Inisiatif ini diambil bagi memenuhi keperluan permintaan penumpang khususnya penganut agama Hindu, pelancong serta orang awam yang ingin menyaksikan keunikan sambutan Thaipusam di Batu Caves.
“Kita jangkakan hampir 500,000 pengguna akan memanfaatkan perkhidmatan ini, iaitu peningkatan 10 peratus berbanding tahun lepas dengan kemuncak perjalanan dijangka pada 11 Februari,” jelasnya.
Berikut penulis kongsikan dengan lebih lanjut:
Jadual Waktu Tambahan KTM Komuter sempena Thaipusam 2025

Kaedah untuk menikmati perjalanan percuma adalah dengan menggunakan:
- Imbas QR KTM Wallet
- Kad KomLink, kad debit atau kad kredit
- Touch ‘n Go
- Tebus di kaunter/KIOS tiket
28 stesen yang beroperasi selama 24 jam adalah seperti berikut:
- Batu Caves
- Taman Wahyu
- Kampung Batu
- Batu Kentonmen
- Sentul
- Putra
- Bank Negara
- Kuala Lumpur
- KL Sentral
- Bandar Tasik Selatan
- Kajang
- Nilai
- Seremban
- Senawang
- Sungai Gadut
- Rembau
- Tampin / Pula Sebang
- Petaling
- Kg Dato Harun
- Seri Setia
- Subang Jaya
- Batu Tiga
- Shah Alam
- Padang Jawa
- Bukit Badak
- Klang
- Jalan Kastam
- Pelabuhan Klang
Diharapkan perkhidmatan KTM Komuter 24 jam dan percuma selama 2 hari dapat memberi manfaat terutamanya buat mereka yang menyambut perayaan Thaipusam.
Baca juga: Bantuan Khas Kewangan Untuk Penjawat Awam & Pesara, Mula Dibayar Pada 25 Februari Ini
Sumber: Facebook KTM Berhad
