Euforia Bola 2026
Dapur

Resipi Makanan Popular Kaum India, Idli & Tose Yang Gebu Dari 1 Adunan SAHAJA!

resepi idli

Sempena cuti umum hari Thaipusam bagi beberapa negeri yang mengambilnya pada esok hari, penulis ingin kongsikan resepi idli dan tose yang merupakan makanan popular masyakat India.

Sebagai sebuah negara yang cukup mewah dengan variasi makanan budaya, tidak salah untuk kita mempelajari hidangan antara satu sama lain. Misalnya, makanan idli dan tose ini.

Baca juga: Tips 2 Dalam 1, Goreng Kacang Tanah Tak Hangit & Cara Mudah Kupas Telur Rebus!

RESEPI IDLI & TOSE DARI 1 BANCUHAN

resepi idli

Gambar Encik Mimpi Hans: Bancuhan idli dan tose.

Jadi, bagi mengisi hari cuti anda dengan aktiviti yang berfaedah, jom belajar membuat idle dan tose yang boleh dihasilkan dari satu adunan sahaja seperti resipi yang dikongsikan Encik Mimpi Hans di bawah.

Baca juga: Teknik Terbaik Merebus Guna Dapur Gas Paling Cepat & Jimat, Tak Sampai Sejam Dah Empuk!

RESIPI IDLI & TOSE

resepi idli

Gambar Encik Mimpi Hans: Makanan idli.

Bila tinggal jauh dari mak, Abam akan masak apa yang mak selalu masak.

Acuan Idli tak ada, saya pakai mangkuk sahaja. Selamat mencuba!

Bahan-bahan:

  • 1 cawan beras*
  • 1 cawan kacang dal hitam*
  • 1/3 cawan nasi sejuk
  • 1 sudu teh garam
  • 1/2 cawan air
  • Asam jawa (ejen penaik)

Baca juga: Resipi Shell Tart Hanya Pakai 4 Bahan, Boleh Buat ‘Side Income’ Sampai Jana Ribuan Ringgit Seminggu!

Baca juga: Resipi Kek Batik Versi Rangup, Geng Yang Tak Suka Tekstur Lembut Mesti ‘Love’ Teruk!

  1. Bahan bertanda * direndam selama 4 jam.
  2. Basuh bersih dan kisar bersama nasi sejuk dan air.
  3. Kisar sampai adunan licin, jangan cair sangat dan biar lebih pekat dari adunan apam biasa.
  4. Tuang dalam bekas dan letak garam, kacau sampai sebati.
  5. Ambil asam jawa sebesar ibu jari, bulatkan sampai jadi macam bola.
  6. Masukkan ke dalam adunan di bahagian tepi mangkuk, tanda bahagian asam jawa sebab nanti nak keluarkan semula.
  7. Peram adunan selama 6-8 jam, seeloknya biar dari malam ke pagi.
  8. Bila adunan dah naik, keluarkan asam jawa dan buang.
  9. Kacau adunan dan dah boleh buat tose atau kukus sebagai idli.
resepi tose

Gambar Encik Mimpi Hans: Makanan tose.

Baca juga: Ini 12 Resipi Lazat Menu Diet Suku Suku Separuh, Nak Diet Jangan Sampai ‘Over’ Ikat Perut!

Sumber: Encik Mimpi Hans

FT Image: Encik Mimpi Hans

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×