Klip video rakaman kemalangan melibatkan sebuah bas yang berlaku di kawasan Universiti Putra Malaysia (UPM) semalam telah tular di media sosial. Lantas, kemalangan bas UPM ini mencetuskan kebimbangan dan perbincangan hangat dalam kalangan warganet.
Kemalangan yang melibatkan lima guru dan 30 murid dari Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Ampang itu kini disahkan berpunca daripada kecuaian pemandu yang mengaku tidak cukup rehat sehingga terlelap ketika memandu.
Baca juga: Anak Autisme ‘Hyper’ Maut Lompat Dari Tingkat 4 Rumah Sendiri, Bapa Tak Sempat Selamatkan…
KRONOLOGI KEMALANGAN BAS UPM BAWA MURID TADIKA, PEMANDU TERLELAP

Foto: Buletin TV3
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, pemandu lelaki berusia lingkungan 40-an itu telah direman selama dua hari bagi membantu siasatan. Ujian saringan mendapati dia bebas daripada pengaruh dadah dan alkohol.
“Hasil siasatan awal mendapati pemandu tidak cukup tidur dan rehat, menyebabkan dia tertidur ketika memandu,” jelasnya dalam satu kenyataan.
Kronologi Kejadian Nahas Bas PASTI Ampang di UPM:
1. 12.18 Tengah Hari (Sabtu): Bas dalam perjalanan dari sebuah kilang coklat menuju ke G2G Animal Garden di MAEPS Serdang.
2. Kemalangan Berlaku: Kenderaan dipercayai terbabas di Jalan Persiaran Universiti 1 selepas pemandu terlelap. Bas kemudian melanggar sebatang pokok di bahu jalan.
3. Laporan Diterima: Polis menerima laporan insiden pada jam 12.18 tengah hari.
4. Siasatan Awal: Bas berada di laluan lurus sebelum hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan lalu melanggar pokok.
5. Rakaman Tular: Video insiden yang memaparkan detik kemalangan menjadi tular di laman sosial, mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen.
6. Mangsa Cedera: Tiga kanak-kanak dan seorang guru pengiring mengalami kecederaan di bahagian kepala dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Serdang.

Tangkap layar TikTok.
7. Rawatan dan Keadaan Semasa: Semua mangsa telah dibenarkan keluar dari hospital selepas menerima rawatan.
8. Siasatan Lanjut: Kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Permohonan reman terhadap pemandu telah dibuat.
9. Rekod Lampau: Semakan mendapati pemandu mempunyai 13 saman terdahulu atas namanya sendiri.
10. Rayuan Polis: Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut diminta menghubungi IPD Serdang di talian 03-80742222 atau balai polis berhampiran.
*Nak biarkan anak-anak ikut rombongan sekolah pun dah makin risau sekarang…
Baca juga: Bapa Terkejut Tengok CCTV Anak Dikasari, Kena ‘Heret Macam Lembu’ Oleh Pembantu Rumah!
Sumber: Sinar Harian, Berita Harian
