Euforia Bola 2026
Famili

“Dia Sahabat Yang Aku Korbankan Demi Tuhan”- Momen Lelaki Dakap Lembu Kesayangan Undang Air Mata

korban lembu

Bagi sesetengah orang, menyambut Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban sekadar ibadah tahunan. Tapi bagi yang benar-benar menghayati, ia adalah perpisahan yang menguji hati terutamanya yang melakukan ibadah korban lembu kesayangan.

Bagi seorang penternak bernama Khairul Johari, Aidiladha kali ini bukan sekadar menyembelih seekor lembu malah merupakan momen merelakan pemergian satu-satunya teman yang pernah menemaninya dalam sunyi, memahami dalam diam, dan mendidiknya tentang erti sabar, tenang, dan redha.

Baca juga: Haiwan Korban Tertanggal Gigi, Adakah Syarat Sah Korban Terbatal? Mufti WP Jawab…

KORBAN LEMBU KESAYANGAN UNTUK AIDILADHA, PERKONGSIAN UNDANG SEBAK

korban lembu

Menerusi perkongsian Facebook yang dapat lebih dari 6,000 shares, tersembunyi satu kisah persahabatan antara manusia dan haiwan yang akhirnya berakhir dengan takbir dan linangan air mata.

Momen terkahir bersama lembu kesayangan ini mendapat perhatian ramai yang pernah berhadapan dalam situasi yang sama semasa melakukan ibadah korban.

SELAMAT TINGGAL SAHABAT

Saya pernah bela banyak haiwan. Tapi awak lain. Awak tak pernah berbicara…
Tapi awak selalu buat saya rasa difahami.

Dalam diam awak, saya jumpa ketenangan yang manusia jarang beri.
Saya pernah duduk di sisi awak waktu langit gelap, waktu jiwa saya serabut, waktu hidup saya sempit.
Saya tak perlu bercakap banyak. Saya cuma letak tangan atas kepala awak. Dan entah kenapa, saya rasa… dunia jadi perlahan. Nafas saya jadi dalam.

Macam awak, seekor lembu, sedang ajar saya cara untuk hidup perlahan-lahan.
Awak tak pernah cakap “saya sayang awak”. Tapi awak tunjuk dalam seribu cara.
Bila saya datang ke kandang, awak paling dulu datang.
Bila saya sakit, awak pandang saya lama-lama, tunduk kepala dekat lutut saya.
Bila saya menangis diam-diam waktu suap awak makan… awak tenung saya macam awak tahu, awak tak akan lama.

Saya mula sayang awak bukan sebab awak besar, cantik, jinak.
Saya mula sayang awak… sebab awak jadi tempat saya belajar erti redha.
Dan sekarang, saya sedang kira hari.

Sebab saya tahu, masa kita dah tak panjang.
Raya korban kali ni, awak bukan sekadar haiwan yang saya sembelih.
Awak sahabat.
Awak saksi.
Awak perpisahan yang saya relakan demi Tuhan saya.

Saya tahu awak tak faham apa itu pengorbanan.
Tapi bila awak rebah nanti, saya percaya… awak akan bawa cinta saya kepada Tuhan, dalam bentuk darah dan takbir.
Saya takut hari tu. Saya takut tengok awak jatuh.
Tapi saya tahu… ada cinta yang paling tulus bukan dalam memiliki, tapi dalam melepaskan.

Dan saya lepaskan awak… bukan sebab saya tak sayang.
Saya lepaskan awak sebab awak terlalu saya sayang.
Saya harap awak tunggu saya.
Sebab di Padang Mahsyar nanti, bila semua amalan saya terlalu kotor untuk diangkat…

Saya cuma nak ada satu saksi.
Yang akan datang dari arah kanan. Yang akan kata,
“Dia pernah lepaskan saya demi Tuhan.
Dia pernah menangis untuk redha.
Dan saya datang hari ini… untuk bantu dia melintas ke syurga.”

Berdasarkan penulisan saudara ini, ramai dalam kalangan netizen meluahkan rasa sebak dan memuji tindakannya yang begitu tabah. Malah ada yang mengatakan hanya dari seekor haiwan dijadikan korban, begitu banyak nilai murni yang boleh dipelajari.

*Semoga bertemu semula bersama haiwan kesayangan ini yang akan menjadi haiwan tunggangan di Titian Sirat kelak.

Baca juga: 10 Doa Pilihan Sempena Hari Arafah, InsyaAllah.. Doa Anda Dimakbulkan Allah SWT

Sumber: Khairul Johari

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×