Euforia Bola 2026
Inspirasi

TERKINI! Empat Kapal Dan 10 Sukarelawan Malaysia Ditahan Tentera Is****, Antaranya Zizi Kirana & Farah Lee

KONVOI GLOBAL SUMUD FLOTILLA

Lebih 40 buah kapal dalam Konvoi Global Sumud Flotilla (GSF) kini berada di kawasan paling genting, kira-kira 100 batu nautika dari perairan Gaz*. Kawasan ini menjadi titik tumpu kerana beberapa usaha sebelum ini sejak 2010 telah dihalang oleh tentera Israel.

Sekiranya tiada halangan atau provokasi berlaku, rombongan GSF dijangka tiba di negara G sekitar jam 6 petang waktu Malaysia pada hari Khamis.

Baca juga: “6 Tahun Tak Pernah Rasa 2 Line”- Beby Tora Akhirnya Hamil, Momen Sebak Ini Undang Air Mata

KONVOI GLOBAL SUMUD FLOTILLA MASUK RED ZONE

KONVOI GLOBAL SUMUD FLOTILLA

Konvoi bantuan kemanusiaan ini membawa pelbagai bekalan penting seperti makanan, ubat-ubatan serta mesej solidariti dan keamanan. Ia disertai oleh sukarelawan antarabangsa dari pelbagai rantau termasuk Eropah, Asia, Afrika Selatan, Amerika Latin dan Asia Barat.

Sebanyak 34 warganegara Malaysia turut mengambil bahagian dalam misi ini yang bertujuan menamatkan sekatan laut oleh Israel, satu sekatan yang telah berkuat kuasa hampir 20 tahun dan menyumbang kepada penderitaan lebih 2.4 juta penduduk di negara G.

Menerusi perkongsian daripada Pelakon dan aktivis kemanusiaan Sumud Flotilla, Ardell Aryana memaklumkan bahawa kapal-kapal dalam konvoi mereka kini telah dikelilingi oleh tentera Israel yang membentuk barisan formasi bagi menghalang laluan misi bantuan ke Gaz*.

“Saya sedang cuba sorok telefon saya, Isra** sedang sekat semua line internet kami dan kami sedang cuba plug in off. Saya tunggu masa untuk live semula,” ujarnya.

KONVOI GLOBAL SUMUD FLOTILLA

Seramai 13 rakyat Malaysia yang berada di atas lima buah kapal dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) telah terputus hubungan dengan Pusat Komando Sumud Nusantara (SNCC), manakala beberapa individu termasuk Zizi Kirana dan Farah Lee disahkan telah ditahan oleh tentera Israe* setakat jam ini.

4 kapal misi kemanusiaan konvoi Global Sumud Flotilla iaitu Alma, Sirius, Huga dan Grande Blu telah dipintas dan dirampas secara paksa oleh Tentera Laut Isra** ketika berada di perairan antarabangsa sekitar jam 8.30 malam waktu Gaz* pada Rabu.

Baca juga: Cara Buat Minyak Urut Untuk Hilangkan Kebas Kaki, 2 Bahan Utama Ini Memang ‘Power’!

Sumber: Sinar , Buletin TV3 & Sumud Nusantara

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×