Pemungut kelapa sawit dihukum denda sebanyak RM3,000 oleh Mahkmah Sesyen hari ini selepas membuat hantaran lucah terhadap bayi perempuan Dr Amalina Che Bakri.
Hakim Ahmad Fuad Othman menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Nasir Kadiri, 58, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengenai kes tiga tahun lalu ini.
Baca juga: Mat Salleh Sanding Pakai Baju Melayu Songket Tarik Perhatian, Siap Ada Tanjak, Memang Wow!
KOMEN LUCAH DI GAMBAR ANAK DR AMALINA, LELAKI INI KENA SAMAN

“Saya merayu, ini kesalahan pertama, dengan nama Allah saya berjanji tidak akan ulangi perkara tidak berfaedah ini lagi,” luahnya.
Sekiranya OKS gagal membayar denda yang dikenakan, mahkamah akan memerintah lelaki berkenaan untuk menjalani hukuman penjara selama enam bulan.
Hakim turut menasihatkan OKS supaya berfikir sebelum membuat sebarang komen di media sosial kerana setiap perbuatan yang dilakukan pasti membawa akibat.
“Apabila telefon berada di tangan, kita boleh buat pelbagai komen, kita boleh tohmah atau fitnah sesiapa sahaja. Contohnya seperti kesalahan kamu hari ini, semuanya dipantau oleh SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia),” jelasnya.
Difahamkan, OKS menggunakan aplikasi Facebook bernama Bro Nasir, secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komen yang lucah sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.
Pautan itu dilihat di Tingkat 8, Menara MCMC, Cyberjaya, dekat sini pada jam 11.52 pagi, 3 Januari 2023 mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara yang boleh sampai setahun atau kedua-duanya dan denda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.
“OKS seharusnya diberi pengajaran dan peringatan supaya tidak sewenang-wenangnya menggunakan media sosial sebagai satu platform untuk menyatakan perkara lucah. Jika dilihat daripada fakta kes yang dikemukakan, komen itu dibuat terhadap seorang bayi yang tidak boleh berkata-kata tetapi ibu bayi itu (Dr Amalina) membuat aduan kepada SKMM,” ujarnya.
Terdahulu, pada tahun 2022, pakar bedah kelahiran Malaysia itu meluahkan rasa kesal apabila terdapat individu melontarkan komen lucah mengenai isu khatan anak perempuannya yang berusia sembilan minggu ketika itu.
Baca juga: Pasangan Ireland Puji ‘Airport’ Malaysia, Hanya Lapangan Terbang Ini Ada Makanan Untuk Si Kecil
Sumber: Harian Metro
