Euforia Bola 2026
Famili

Ummu Sibyan Muncul Waktu Maghrib? Ini Kisah Jin Perempuan Paling Seram Suka ‘Intai’ Wanita & Budak

ummu sibyan

Sudah semestinya ramai dalam kalangan anda pernah dengar tentang Ummu Sibyan, makhluk halus yang dikatakan suka mengganggu bayi dan wanita hamil?

Kisah ini sudah lama tersebar dan sering dikaitkan dengan waktu maghrib serta gangguan misteri terhadap anak kecil. Namun, sejauh mana kisah ini benar menurut Islam?

Baca juga: Ustaz Kongsi Tanda Rumah Ada Hantu Raya Yang Anda Tak Sedar, Nombor 8 Meremang!

Asal Usul Cerita Ummu Sibyan, Dikatakan Mampu Di Dinding Macam Cicak

ummu sibyan

Foto hiasan.

Menurut cerita masyarakat, Ummu Sibyan digambarkan sebagai jin perempuan berwajah menyeramkan dengan satu mata besar dan mampu berjalan di dinding seperti cicak. Dikatakan makhluk ini gemar mengganggu bayi berusia bawah dua tahun dan wanita hamil.

Kisah yang tersebar menyebut, Ummu Sibyan boleh masuk ke dalam rahim wanita, menyebabkan keguguran, atau membuat bayi menangis tanpa sebab. Malah, ada yang percaya jin ini boleh ‘mengikat’ rahim wanita supaya tidak mengandung! Tidak hairanlah, orang dahulu sering berpesan agar bayi yang baru lahir segera diazankan kononnya sebagai perlindungan daripada gangguan Ummu Sibyan.

Antara tanda yang sering dikaitkan dengan gangguan jin ini termasuklah:

  • Bayi menangis melalak tanpa henti, seolah-olah melihat sesuatu.
  • Anak kecil sering jatuh atau terkejut tanpa sebab.
  • Mengigau dan menggertak gigi ketika tidur.
  • Demam panas yang datang antara waktu Asar hingga Subuh.
  • Bagi wanita hamil pula, gangguan dikatakan muncul dalam bentuk sesak dada selepas Asar, sakit belakang, mimpi menakutkan dan gangguan tidur.

Amalan Pencegahan Menurut Masyarakat, Tapi Adakah Sah?

ummu sibyan

Foto: freepik

Pesan orang tua-tua, waktu maghrib bukanlah masa yang sesuai untuk keluar rumah. Antara amalan yang sering diamalkan termasuk:

1. Menutup pintu dan tingkap rumah sambil membaca Bismillah ketika masuk waktu maghrib.

2. Tidak mengangkat atau mengambil jemuran selepas maghrib.

3. Membaca ayat Kursi dan tiga surah Qul pada anak kecil, kemudian meniup perlahan di ubun-ubun mereka.

Namun, sejauh mana semua ini berasaskan dalil yang sahih? Menurut pendakwah dan pensyarah hadis, Dr. Rozaimi Ramle, hadis berkenaan Ummu Sibyan adalah dhaif (lemah), dan tidak boleh dijadikan hujah kukuh. Namun, hadis sahih tentang larangan membiarkan anak-anak keluar ketika waktu senja memang benar adanya.

Rasulullah SAW bersabda:

“Apabila malam menjelang atau waktu maghrib tiba, tahanlah anak-anak kalian (di rumah), kerana syaitan sedang bertebaran. Setelah berlalu sedikit waktu malam, barulah boleh biarkan mereka keluar. Tutuplah pintu dan sebutlah nama Allah, kerana syaitan tidak dapat membuka pintu yang telah ditutup.” — Riwayat al-Bukhari (3280) & Muslim (2012)

Hadis ini menunjukkan peringatan Rasulullah SAW adalah tentang waktu syaitan berkeliaran, bukan kerana makhluk bernama Ummu Sibyan.

Ringkasnya, kisah Ummu Sibyan tidak mempunyai sandaran yang kuat dalam hadis sahih. Namun, nasihat menutup pintu, menjaga anak kecil ketika maghrib, dan berzikir menyebut nama Allah adalah ajaran yang benar dan digalakkan. Jadi, kita wajar berhati-hati dalam menyebarkan kisah ghaib tanpa bukti sahih dan berpegang pada ajaran Rasulullah SAW bukan mitos yang belum tentu benar.

Baca juga: Suka Berbogel Atau Seksi Masa Tidur? Hati-Hati Jika Berlaku Gangguan Ini…

Sumber: Dr. Rozaimi Ramle

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×