Euforia Bola 2026
Famili

Disangka Masalah Kamera, Rupanya Sihir Cemburu! Wajah Pengantin Dalam Gambar Jadi Nenek Tua

KISAH SERAM

Seorang jurugambar berkongsi pengalaman kisah seram ketika bertugas merakam majlis pernikahan yang dilakukan di sebuah daerah di Pahang.

Walaupun perjalanan kerja ini sepatutnya berjalan lancar seperti biasa, kejadian-kejadian aneh yang berlaku membuatkan dia sendiri tergamam dan tidak dapat melupakan apa yang berlaku sepanjang malam itu.

Baca juga: “Tak Pernah Nampak Di Eropah!”- Pelancong Luar Kagum Airport Malaysia Bagi Payung Waktu Hujan

KISAH SERAM MAJLIS PERNIKAHAN, GAMBAR PENGANTIN JADI NENEK

KISAH SERAM

Freepik

Menurut lelaki tersebut, dia memandu selama empat jam dari Kuala Lumpur untuk tiba di rumah pengantin perempuan, Siti, bagi merakam majlis pernikahan yang dijadualkan pada malam Jumaat. Sejurus tiba, dia mula merasakan suasana yang tidak biasa, seolah-olah ada sesuatu yang ‘kurang kena’.

“Dalam bilik pengantin, mak saudara dia hulurkan segelas air kosong dan cakap, ‘Minum air ni, paksu kau dah baca-baca.’ Masa tu aku dah rasa lain macam,” katanya.

Lebih mengejutkan, dia dimaklumkan bahawa beberapa jam sebelum majlis, Siti rebah selepas cermin meja solek pecah tiba-tiba. Ketika tidak sedarkan diri, Siti dikatakan meracau sambil menyebut nama bekas kekasihnya, Ismail.

Majlis nikah pada malam itu berjalan lancar tanpa gangguan. Namun, kejadian pelik tidak berakhir di situ. Ketika jurugambar ini memandu pulang ke rumah mak long selepas jam 12 malam, suasana jalan yang berkabus dan sunyi membuatkan perjalanan semakin menggerunkan.

“Lagu dalam pendrive tiba-tiba berhenti, dan dalam kabus aku nampak satu kelibat binatang tengah jalan. Bentuknya macam kura-kura, tapi besar dan ada ekor panjang. Aku terus mengelak, jantung berdegup laju,” ceritanya.

Sesampainya di rumah, dia menyalin semua gambar pernikahan ke dalam laptop sebelum membuat semakan. Ketika itu, pengalaman paling menakutkan sepanjang kerjayanya berlaku.

KISAH SERAM

“Bila aku zoom gambar, aku terus menggigil. Semua gambar yang aku ambil, muka Siti bertukar jadi macam nenek tua – bernanah, bengkak dan bermata merah. Semua! Aku terus tutup laptop dan tidur dengan sepupu. Memang tak berani tidur sorang,” katanya.

Lebih mengejutkan, pada keesokan paginya dia mendapati 11 panggilan tidak dijawab daripada pengantin perempuan. Menurut Siti, semua gambar yang diambil pada malam itu melalui kamera, telefon, malah oleh tetamu sekalipun muncul wajah hodoh dan menakutkan.

Siti kemudian berkongsi bahawa paksunya mengesyaki bekas kekasihnya, Ismail, menghantar sihir kerana cemburu apabila mengetahui Siti bakal berkahwin.

Jurugambar itu mengambil keputusan memadam semua gambar tersebut kerana tidak sanggup menyimpannya.

“Walaupun tak sehardcore cerita orang lain, tapi tengok muka pengantin bertukar jadi nenek hodoh dalam semua gambar memang seram gila,” katanya.

Baca juga: Kena ‘Kacau’ Di Campsite Ketika Period, Jam 12 Malam Ada Bau Hanyir Darah & Tangan Sakit!

Sumber: Threads Shasha

Kisah ini merupakan perkongsian individu di media sosial dan tidak dapat disahkan sepenuhnya ketepatannya. Segala penceritaan adalah berdasarkan pengalaman yang diceritakan oleh sumber asal. Artikel ini hanya bertujuan sebagai bacaan umum dan tidak bermaksud mengaitkan mana-mana pihak secara khusus. Pembaca dinasihatkan untuk menilainya dengan berhemah.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×