Euforia Bola 2026
Percutian

Ibu Kongsi Kisah Seram, Anak Tiba-Tiba Lari Ke Hujung Pantai Masa Main Pasir, Bila Ditanya Jawab Nak Ikut ‘Kakak’

KISAH SERAM

Seorang wanita berkongsi pengalaman kisah seram ketika bercuti bersama keluarga di Teluk Senangin, Perak. Perkongsian itu tular selepas dimuat naik di laman media sosial kerana melibatkan anak kecil yang secara tiba-tiba ‘mengikut’ seseorang yang sebenarnya tidak wujud.

Baca juga: Sekolah Tadika Ini Dedah Anak 2 Tahun Dengan Aktiviti Kehidupan Sebenar, Siap Masak & Jahit!

IBU KONGSI KISAH SERAM WAKTU DI PANTAI DENGAN ANAK

KISAH SERAM

“Family kami pergi berkelah di Teluk Senangin. 8 dewasa, 6 kanak-kanak riang. Tak jauh pun dari rumah dalam 25 minit dah sampai.

“Budak-budak pun mandi macam biasa, termasuk dua orang budak ‘ketoi’ dalam gambar tu. Mereka bukan kembar, tapi sepupu sebaya. Anak saya berani sikit sebab dah biasa mandi laut dan kolam. Kadang-kadang dia relaks je masuk air sampai paras pinggang,” ujarnya.

Sekitar jam 11 pagi, wanita itu meminta suaminya memerhatikan anak mereka sebentar sementara dia pergi menukar pakaian. Namun anak perempuannya, secara tiba-tiba ketika itu sedang leka bermain pasir seorang diri.

Budak perempuan itu kelihatan sedang mencangkung mengorek pasir, bangun perlahan-lahan. Dia kemudian memusingkan badan ke kanan, mukanya tunduk ke bawah, tangan kanannya dihulur ke depan, seolah-olah sedang dipegang oleh seseorang.

KISAH SERAM

Tanpa mempedulikan sekeliling, anak perempuannya itu mula berjalan sepanjang pantai dengan langkah yang laju. Tidak menoleh ke belakang, tidak bercakap. Sekadar berjalan lurus seperti sedang mengejar atau mengikut ‘seseorang’.

Yang peliknya, setiap kali si ayah mempercepatkan langkah, anaknya turut berlari. Bila si ayah berjalan perlahan, dia juga memperlahankan langkahnya seolah-olah ‘berpakat’ dengan seseorang di hadapan, walhal dia langsung tidak menyedari bahawa ayahnya mengekori dari belakang.

Bila ditanya anaknya memberitahu bahawa dia mahu mengikut kakak yang berada di batu hujung pantai berkenaan dan lebih menyeramkan matanya meliar ke kiri dan kanan.

Difahamkan, kisah seram itu berlaku berpunca daripada sesuatu yang ‘diambil’ secara tidak sengaja iaitu cengkerang cantik dan berkilau, dijumpai anaknya di tepi pantai berkenaan.

Baca juga: Duit Simpanan ASB RM10K Hilang, Ibu Tuduh Anak Curi Tapi Rupanya Ada ‘Plot Twist’!

Sumber: Sumber Threads

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×