Euforia Bola 2026
Sihat

Khairul Aming ‘Tumbang’ Akibat Dehidrasi Lepas Layan 7,000 Pelanggan, Netizen Titip Doa & Pesan Jaga Kesihatan

khairul aming

Nama Khairul Aming (KA) sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Dari dapur kecil ke pentas keusahawanan besar, setiap gerak-geri pempengaruh dan usahawan berjaya ini sentiasa mencuri perhatian ramai.

Namun, perkongsian terbaharunya di laman Threads semalam benar-benar membuatkan peminat tersentak apabila KA memuat naik satu gambar dirinya sedang menerima rawatan, dipercayai akibat keletihan melampau.

Baca juga: Hampir Setiap Malam Terjaga Ke Tandas Sebab Nak Kencing, Rupanya Ini Tanda Badan Sedang ‘Minta Tolong’!

Khairul Aming Kongsi Gambar Terbaring Dengan Drip Buat Ramai Terkejut

khairul aming

Dalam foto berkenaan, KA dilihat terbaring dengan tangan disambungkan kepada drip, mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengikut setianya. Seperti biasa, tanpa drama berlebihan, KA tampil dengan kapsyen ringkas dan santai yang mencerminkan keperibadiannya.

“Selepas bergambar dengan 7,000 customers. Doctor suruh minum air banyak-banyak. Dehydration. Tapi overall ok je, cuma kena cukup rehat. Jangan lupa minum air guys..” tulisnya.

Menurut perkongsian tersebut, KA mengalami dehidrasi selepas seharian melayan ribuan pelanggan yang hadir ke Rembayung, sekali gus memerlukan rawatan segera.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak henti-henti menitipkan doa kesembuhan dan ucapan semangat buat KA. Ramai juga yang mengingatkan agar beliau tidak terlalu memaksa diri demi memenuhi permintaan peminat. Antara komen yang mencuri perhatian:

“Badan dah push sampai over limit dah tu, nasib baik tak collapse. Jaga kesihatan KA.”

“Semoga cepat sembuh. Rehat dulu, kesihatan lebih penting dari segalanya.”

“KA ni jenis tak berkira dengan peminat, tapi tolong jaga diri juga.”

Jelas kelihatan, keikhlasan dan kerja keras KA selama ini membuatkan ramai benar-benar mengambil berat tentang kesihatannya.

Tips Kesihatan Penting Untuk Elak Dehidrasi & Keletihan Melampau

khairul aming

Foto: Khairul Aming menolong staffnya di bahagian dapur.

Insiden ini secara tidak langsung menjadi peringatan buat semua, terutama mereka yang sibuk bekerja dan kerap berurusan dengan orang ramai. Berikut beberapa tip kesihatan yang boleh diamalkan:

1. Minum Air Secukupnya

Jangan tunggu rasa dahaga. Pastikan minum air secara berkala, terutama jika berdiri lama atau berada di tempat panas.

2. Rehat Walaupun Sekejap

Ambil masa rehat pendek walaupun hanya 5–10 minit untuk beri ruang badan pulih.

3. Elakkan Skip Makan

Makan tepat pada waktunya membantu mengekalkan tenaga dan mengelakkan badan ‘drop’ secara mengejut.

4. Kenali Had Badan

Jika rasa pening, lemah atau berdebar, berhenti seketika. Jangan paksa diri demi kerja atau orang lain.

5. Tidur Yang Berkualiti

Kurang tidur meningkatkan risiko keletihan, dehidrasi dan imuniti lemah.

*Semoga Khairul Aming cepat sembuh dan kembali aktif seperti biasa. Insiden ini menjadi peringatan bahawa kesihatan adalah aset paling berharga, walau setinggi mana pun komitmen dan tanggungjawab yang digalas. (Team Siraplimau tak lepas lagi ‘battle’ Rembayung!)

Baca juga: Petua Viral Legakan Batuk Dengan Hanya Guna Botol, Straw & Cengkih! Ramai Kata Cepat Lega

Sumber: Threads @khairulaming

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×