Euforia Bola 2026
Famili

[TERKINI] Kesan Darah Dalam Bilik Disahkan Milik Zayn Rayyan!

kesan darah dalam bilik

Belum bertitik noktah, Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu kesan darah dalam bilik di rumah Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin adalah milik kanak-kanak autistik berkenaan. Manakala, kesan darah di dalam bilik air adalah milik Zaim Ikhwan.

Perkara itu didedahkan saksi pendakwaan ke-28, Asisten Superintendan Mohd Hafizee Ismail, 38, ketika memberi keterangan selepas ditanya darah dalam sebuah bilik milik siapa oleh Hakim Dr Syahliza Warnoh.

Baca juga: Pasukan Forensik Kenal Pasti Ada Kesan Darah Di Bilik Tidur Zayn Rayyan & Bilik Air Rumah

KESAN DARAH DALAM BILIK, MILIK ZAYN RAYYAN

kesan darah dalam bilik

“(Darah) dalam bilik air (milik) B1 (Zaim Ikhwan), (darah) dalam bilik (milik) si mati (Zayn Rayyan),” katanya.

Mohd Hafizee yang sebelum ini bertugas sebagai pegawai penyiasat kanan jenayah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya berkata, ia berdasarkan laporan yang diperoleh daripada Jabatan Kimia Malaysia apabila mendapati spesimen tulang sternum milik Zayn Rayyan adalah berpadanan dengan asid deoksiribonukleik (DNA) si mati.

“Keputusan laporan kimia ini dikeluarkan ahli kimia Nor Aidora Saedon yang mana darah si mati berpadanan dengan spesimen tulang sternum berlabel Zayn Rayyan,” kata Mohd Hafizee yang kini bertugas sebagai Pegawai Risikan dan Operasi di Bahagian Siasatan Jenayah IPD Klang Selatan.

Saksi pendakwaan ke-28 itu berkata demikian ketika memberi keterangan pada hari ke-18 perbicaraan kes pengabaian dihadapi ibu bapa Zayn Rayyan iaitu Ismanira Abdul Manaf dan Zaim Ikhwan Zahari di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.

Perisian perbicaraan kes hari ke-17

Semalam, Mohd Hafizee ketika memberi keterangan dalam pemeriksaan utama berkata, terdapat kesan darah di bilik dan dalam bilik air rumah Zayn Rayyan, semasa pasukan forensik melakukan proses luminol (mendapatkan tindak balas kesan darah) di rumah kanak-kanak itu di Blok R, Apartmen Idaman, Damansara Damai.

Mohd Hafizee berkata, bagaimanapun DNA atau darah yang ditemui dalam bilik air itu adalah milik Zaim Ikhwan sebagaimana dalam laporan kimia.

Sementara itu, menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin berhubung sampel tanah yang diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia, Mohd Hafizee berkata, hasilnya adalah negatif yang mana sumber tanah adalah berasal dari sumber berbeza.

Mohd Hafizee dalam pernyataan saksinya turut mengarahkan pasukan forensik mengambil sampel tanah berhampiran lokasi si mati dijumpai untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi tujuan analisis, selepas terlihat sepasang kasut warna hitam yang terdapat kesan lumpur di sebelah peti ais di sebuah bilik di hadapan dapur rumah itu.

Pengasuh gagal sahkan suara didengari adalah Zayn Rayyan 

Ketika disoal Raja Zaizul Faridah mengenai sama ada siasatan lain dibuat terhadap pengasuh kepada si mati iaitu Auni (Auni Afiqah Abas) mengenai saksi itu mendengar suara seperti kanak-kanak autistik itu yang seolah-olah cuba melepaskan diri, Mohd Hafizee berkata, Auni gagal mengesan suara itu adalah si mati.

“Keterangan Auni mengatakan ada mendengar suara pada sebelah petang seperti suara si mati di tengah-tengah Blok R dan Blok S, saya ambil tindakan bawa Auni ke lokasi kejadian dan menunjukkan di mana lokasi yang dikatakan mendengar suara si mati seperti cuba melepaskan diri di kawasan berkenaan.

“Hasil siasatan saya mendapati Auni gagal mengesahkan suara itu adalah suara si mati,” katanya.

Selain itu, ditanya Raja Zaizul Faridah mengapa nama si mati iaitu Zayn Rayyan Bin Abdul Matin tetapi dalam dokumen sijil kelahiran tertera nama bapa Zaim Ikhwan Zahari, Mohd Hafizee berkata, siasatan pihaknya mendapati pasangan itu lewat daftar perkahwinan di Malaysia.

“Hasil siasatan saya mendapati tertuduh pertama Zaim Ikhwan dan tertuduh kedua iaitu Ismanira telah berkahwin di Narathiwat, Thailand sekitar Jun 2016.

“Mereka telah terlewat daftar perkahwinan di Malaysia. Oleh demikian, si mati berbinkan atas 99 nama Allah,” katanya.

Baca juga: Sehelai Daun Pokok Pulai Ditemui Di Saluran Bronkus Zayn Rayyan

Sumber: Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×