Euforia Bola 2026
Famili

Nama Kanak-Kanak Autisme Zayn Rayyan Tidak Lagi Berbinkan Abdul Matiin

KES ZAYN RAYYAN

Berita mengenai kematian kes Zayn Rayyan yang merupakan kanak-kanak autistik pada Disember lalu sudah tentunya mengejutkan warganet. Hari ini 26 Julai, ibu bapa kanak-kanak tersebut tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya.

Pasangan Zaim Ikhwan Zahari dan isterinya, Ismanira Abdul Manaf tiba kira-kira jam 8.45 pagi bagi prosiding sebutan kes bagi pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autisme.

Baca juga: Permohonan MyKid Dibuka Semula Bermula 29 Julai (Isnin) Ini

KES ZAYN RAYYAN, NAMA AYAH DITUKAR

KES ZAYN RAYYAN

Menerusi laporan Malaysia Gazette, pasukan pembelaan kedua-dua tertuduh membuat permohonan terhadap pindaan nama kanak-kanak autisme itu telah disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Nama kanak-kanak itu dipinda sebagai Zayn Rayyan Zaim Ikhwan.

“Pihak kami telah menerima cabutan pihak JPN melalui anak guam Ismanira pada 4 Julai 2024, keputusan pembetulan JPN telah dikeluarkan oleh JPN Selangor nama kanak-kanak itu dibetulkan,” jelas salah seorang peguam bela.

Pihak pendakwaan memohon agar mahkamah hari ini menetapkan satu tarikh baharu kerana pihaknya belum menyerahkan laporan forensik dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV). Hakim, Dr Syahliza Warnoh menetapkan 18 September bagi sebutan baharu.

Media turut melaporkan bahawa Peguam dari Tetuan Emir Mahmud & Co, Mahmud Jumaat tidak lagi mewakili ibu Zayn Rayyan.

Jelas Mahmud, tugasnya sudah selesai dan hanya sampai di sini sahaja. Dia juga berharap agar keadilan berpihak kepada Adik Zayn Rayyan.

Pada 13 Jun lalu,  Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autisme berusia enam tahun itu pada Disember tahun lalu.

Baca juga: 4 Kawasan Di Semenanjung Catat Cuaca Panas Tahap Berjaga-Jaga

Sumber: Malaysia Gazette

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×