Euforia Bola 2026
Famili

Sehelai Daun Pokok Pulai Ditemui Di Saluran Bronkus Zayn Rayyan

KES ZAYN RAYYAN TERKINI

Media tempatan melaporkan kes Zayn Rayyan terkini di mana sehelai daun pokok pulai ditemui tersekat di saluran bronkus (saluran udara yang menghubungkan trakea ke paru-paru) mangsa.

Keterangan itu diberikan seorang pegawai polis kanan yang tampil sebagai saksi ke-28 dalam perbicaraan kes kematian tragis kanak-kanak autistik itu.

Baca juga: Budak Lelaki Autisme Hilang Dari Rumah, Hanya Anak Patung Yang Tinggal…

KES ZAYN RAYYAN TERKINI:  DAUN POKOK PULAI DI SALURAN BRONKUS

KES ZAYN RAYYAN TERKINI

Saksi, ASP Mohd Hafizee Ismail yang kini berjawatan pegawai risikan operasi berkata, penemuan itu dimaklumkan kepadanya pada 8 Disember 2023 selepas objek itu dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.

“Saya menerima laporan awal daripada ahli kimia yang mengesahkan objek asing dalam bronkus si mati adalah daun pokok pulai.

“Hasil siasatan lanjut mendapati terdapat pokok pulai tumbuh berhampiran lokasi penemuan mayat, kira-kira 10 meter dari situ,” jelasnya.

ASP Hafizee memaklumkan bahawa  beliau menghadiri bedah siasat pada 7 Disember 2023 di Hospital Sungai Buloh. Antara kecederaan yang dilihat adalah telinga kiri si mati dalam keadaan terkulai, kesan toreh pada lengan kanan, dan koyakan pada dubur yang dipercayai akibat objek tumpul.

Difahamkan, mangsa turut mengalami lebam di dahi, leher, dada, rahang dan beberapa anggota badan lain.

“Punca kematian disahkan oleh pakar forensik, Dr Siti Rohayu sebagai ‘ligature strangulation’ iaitu jerutan menggunakan objek. Susulan itu, saya membuka siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mengetuai pemeriksaan di rumah keluarga si mati di Apartment Idaman, Damansara Damai,” katanya.

Selain itu, Hafizee memberitahu bahawa Unit K9 PDRM turut dikerahkan untuk penjejakan berdasarkan baju milik Zayn Rayyan, namun operasi sejauh 500 meter dari kawasan tangga hingga ke anak sungai tidak menemui sebarang kesan yang signifikan.

CCTV menunjukkan kanak-kanak itu berjalan di saluran air dan berpatah balik keluar dari terowong. Pelbagai barang seperti pendrive mengandungi rakaman CCTV, bulu kucing, pakaian dan telefon bimbit milik tertuduh turut dihantar untuk analisa forensik.

Perbicaraan di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh bersambung petang ini.

Baca juga: Dalam Sibuknya Bergelar Ibu, Jangan Lupa Berdoa Untuk Diri Sendiri Sebagai Penawar Keletihan

Sumber: Malaysia Gazette

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×