Masihkah anda ingat dengan kes Puan Jahidah pada tahun 2021 apabila dia menjadi mangsa keganasan rumah tangga? Kes ini menggemparkan negara kerana dia dilaporkan hamil ketika kejadian dipukul namun kandungannya bertahan dan selamat melahirkan bayi lelaki, Eshan Nufail secara pembedahan pada 30 November 2021.
Dia dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban selepas rawatan awal di unit rawatan rapi Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dan sehingga kini dijaga di rumah oleh adiknya sendiri, Fauziah. Mari singkapkan semula kes ini dan lihat keadaan terkini Puan Jahidah yang masih tiada pembelaan..
Baca juga: Kronologi Nahas Pelajar UiTM Dungun, Motor Terseret 60 Meter & Pelakunya Didakwa Kurang Siuman
INGAT LAGI KES PUAN JAHIDAH DIPUKUL SUAMI? KEADAANYA SEKARANG MENYAYAT HATI…

Foto terkini keadaan Puan Jahidah.
Adik Puan Junaidah turut berkongsikan semasa menjaga kakanya dalam koma dan masih hamil, makanan yang diambil hanyalah susu sahaja. Ini bermakna, bayi dalam kandungan ketika itu pun begitu kuat demi ibunya kerana mampu bertahan dengan hanya minum susu dari ibunya sahaja.
Namun kini, Nufail yang sudah boleh berjalan dikatakan tidak mempunyai perkembangan seperti kanak-kanak normal lain namun inilah anak yang menemani dan memberi semangat rohani kepada ibunya.
Rakyat Malaysia juga turut menzahirkan ucapan terima kasih dan bersyukur kerana adik Puan Jahidah setia dan kuat menjaga kakanya yang tidak berupaya untuk melakukan apa-apa. Ternyata, kasih sayang seorang adik kepada kakak itu begitu kuat dan dia juga seringkali terkenang keadaan kakanya yang ceria, cantik dan pandai bergaya suatu ketika dahulu.

Foto Puan Jahidah semasa sihat dulu.
SUFIAN SUHAIMI BUAT KUTIPAN AMAL UNTUK BANTU

Sufian Suhaimi bersama anak Puan Jahidah, Nufail.
Tersentuh melihat kes sebegini berlaku, penyanyi dan pelakon Sufian Suhaimi yang turut mempunyai persatuan mengutip bantuan kepada orang yang memerlukan tampil melawat Puan Jahidah. Sufian atau mesra disapa “BabyPian’ melawat Jahidah di Sendayan, Seremban, mengakui sebak mengenangkan nasib anak kecil Eshan Nufail yang tidak mendapat kasih sayang ibu seperti sepatutnya.
Melihat keadaan Puan Jahidah yang masih terlantar dan tidak boleh bercakap serta bergerak sangat menyedihkan. Adiknya memberitahu bahawa rahang Jahidah patah, tempurung kepalanya juga terpaksa dibuang dan ini bukan sahaja menarik keceriaan kakak, malah mereka sekeluarga, namun reda dengan ujian Allah.
Tertuduh kepada kes ini didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah pangsapuri di Jalan Tani, Kampung Aman, Larkin, kira-kira jam 6 pagi 4 Mei 2021, dituduh mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan. Seksyen 325 memperuntukkan penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan, manakala Seksyen 326A memperuntukkan hukuman penjara bagi tempoh dua kali ganda tempoh maksimum mengikut seksyen kesalahan.
Prosiding kes ini pun masih belum menemui keadilan dan dijangka akan diteruskan paada 3 November nanti. Semoga Puan Junaidah mendapat keadilan dan terus kuat berjuang!
@babypianhq Replying to @Miawmiawx Tiap kali tengok video ni rasa sebak je 😭 sama-sama doakan semoga puan jahidah dapat sembuh dengan baik 🤲🏻 #babypian #sufiansuhaimi #keganasanrumahtangga #jahidah #kasihpillow ♬ Sad and lonely – MoppySound
Baca juga: Perut Kembung & Kerap Sembelit, Kanak-Kanak Usia 19 Bulan Disahkan Derita Kanser Ovari Tahap 3!
Sumber: BabypianHQ, Berita Harian
