Euforia Bola 2026
Asuh

Bapa Terkejut Tengok CCTV Anak Dikasari, Kena ‘Heret Macam Lembu’ Oleh Pembantu Rumah!

pembantu rumah

Naluri seorang bapa akhirnya membongkar kebenaran yang menyayat hati. Apa yang disangka sebagai hari biasa bertukar menjadi mimpi ngeri apabila rakaman CCTV di rumah mendedahkan perlakuan kejam seorang pembantu rumah terhadap empat orang anak kecilnya.

Tanpa disedari, anak-anak yang dijaga selama ini rupa-rupanya menjadi mangsa layanan kasar dan tidak berperikemanusiaan hingga ke tahap ditarik, diheret dan dimandikan secara ganas.

Baca juga: Kanak-Kanak 6 Tahun Hilang Ditemui Maut DITANAM, ‘Plot Twist’ Bapa Ditahan Jadi Suspek Utama

TERBONGKAR! CCTV DEDAH PEMBANTU RUMAH KASARI 4 ORANG ANAK

pembantu rumah

Tular perkongsian di laman Thread, apabila seorang bapa memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah pada Sabtu lalu membawa kepada penemuan yang mengejutkan. Empat anaknya didakwa menjadi mangsa kekasaran pembantu rumah mereka!

Bapa  berkongsi detik memilukan itu sambil memaparkan rakaman video CCTV yang membuktikan dakwaannya dalam laman media sosial tersebut dan mendapat pelbagai reaksi.

“Kami tangkap pembantu rumah yang selama ini mengasari anak-anak kami secara berterusan. Allah gerakkan hati kami untuk semak rakaman CCTV. Tanpa petunjuk itu, mungkin kami takkan tahu apa yang berlaku di belakang kami,” tulisnya dalam nada kesal.

Dalam video berdurasi beberapa minit itu, pembantu rumah warga Indonesia terbabit dilihat bertindak kasar terhadap anak-anak kecil yang dipercayai berusia antara dua hingga tujuh tahun.

Antara perlakuan yang dirakam termasuk tindakan wanita itu menarik kaki anak bongsu mereka sehingga jatuh tersungkur ke lantai. Ada juga momen dia dilihat menarik rambut anak ketiga dengan kuat ketika memandikannya.

“Bayangkan, dia heret anak kedua saya macam heret lembu. Lepas makan, anak-anak dimandikan secara kasar. Bila suap makan pun, sudu ditolak ke dalam mulut dengan kasar dan tergesa-gesa,” katanya sambil meluahkan rasa marah.

BIBIK DAH MENGAKU…

pembantu rumah

Menurut bapa itu, sejurus menyaksikan rakaman mengejutkan itu, dia terus pulang ke rumah dan bersemuka dengan pembantu terbabit sambil menunjukkan bukti yang telah dikumpul.

Wanita tersebut akhirnya mengakui semua perbuatannya tanpa banyak alasan. Malah, dia memaklumkan bahawa dia sememangnya sudah berniat untuk berhenti kerja kerana telah mendapat tawaran di tempat lain. Pembantu tersebut diberhentikan serta-merta pada hari yang sama.

Walaupun kejadian itu meninggalkan trauma emosi buat keluarga, lelaki itu bersyukur tiada kecederaan fizikal yang dialami oleh anak-anaknya.

“Syukur alhamdulillah, tiada kecederaan serius. Tapi emosi kami, terutama anak-anak mungkin ambil masa untuk pulih. Semoga Allah lindungi mereka selalu,” katanya mengakhiri perkongsian.

Baca juga: Budak Perempuan Usia 7 Tahun Maut Disyaki Didera Ibu Bapa, Perut Cedera Kena Objek Tumpul

Sumber: Thread

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×