Kisah seorang lelaki yang mendakwa dirinya ‘dimadukan’ tanpa pengetahuan selepas mendapati wanita yang dikahwininya masih bergelar isteri orang mencetuskan kekecohan besar di media sosial. Ramai yang meluahkan rasa tidak senang, malah kes kahwin dua itu turut mencetuskan perdebatan dalam kalangan umat Islam.
Namun, siasatan terkini oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) akhirnya memberi gambaran sebenar. Menurut Pengarahnya, Datuk Dr Abd. Ghani Zainuddin, dakwaan bahawa wanita tersebut berkahwin dua adalah tidak benar!
Kes Kahwin Dua, Lelaki ‘Dimadukan’: Perkahwinan Pertama Sudah Terbubar

Foto yang tular.
JHEAIK menjelaskan bahawa wanita itu sebenarnya sudah pun bercerai secara sah sebelum berkahwin dengan lelaki berkenaan.
“Tidak timbul isu wanita berpoligami. Perkahwinan pertamanya sudah dibubarkan secara rasmi,” katanya.
Namun, isu lain pula timbul apabila wanita tersebut didapati masih tinggal sebumbung dengan bekas suami walaupun mereka tidak lagi mempunyai ikatan pernikahan yang sah.
JHEAIK turut menjalankan siasatan terhadap wanita itu serta dua lelaki yang dikaitkan dengannya. Mereka disiasat di bawah tiga kesalahan syariah negeri Kedah. Antaranya termasuklah:
- Seksyen 25 Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2024 – Khalwat
- Seksyen 7 Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2014 – Menghina atau menyebabkan agama Islam dipandang hina
Mat Syed (Suami Kedua) Padam Hantaran Demi Keselamatan & Hormati Siasatan, Tak Akan Tarik Report!

Lelaki yang tular dengan panggilan Mat Syed yang merupakan suami kedua wanita tersebut memaklumkan bahawa dia memadam hantaran asal di media sosial selepas dinasihati pihak polis, demi keselamatan ibunya serta memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan.
“Saya tak akan tarik balik laporan, saya ada bukti kukuh,” tulisnya.
Walaupun hantaran itu dipadam, Mat Syed menegaskan bahawa dia tidak akan menarik semula laporan polis. Menurutnya, dia mempunyai bukti kukuh melibatkan wanita yang dikahwininya serta bekas suami wanita itu, yang didakwa mempunyai rekod penipuan sebelum ini.
Mat Syed berharap pendedahannya dapat mengelakkan orang lain menjadi mangsa dan berjanji akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa agar siasatan dapat diselesaikan dengan adil.
@mat_syed00 Saya Muhamad Basyir “suami” kedua Hamidatul Husna (UNA) yang telah kecoh di viral minggu ini ingin menjelaskan kan bahawasanya posting sebelum ini saya DELETE kerana faktor keselamatan IBU saya dan juga kes ini telah mendapat liputan SANGAT meluas dari pihak media luar sana. Pihak2 berkuasa juga meminta saya memadam segala posting supaya segala siasatan keatas mereka berdua dapat dijalankan dengan lancar. Walau bagaimanapun, kes saya tetap akan berjalan dibawah enakmen jenayah syariah dan saya tidak akan sekali kali menarik repot beserta bukti yang telah saya kemukakan.Tujuan saya viralkan mereka kerana bertujuan ingin netizen diluar sana lebih waspada dgn hamidatul husna dan mohd baki kerana mereka memang mempunyai rekod jenayah scam orang sebelum ini. Oleh yang demikian, Saya sedia memberikan sepenuh kerjasama pada semua pihak berkuasa dan tidak sedikit pun mempunyai perasaan takut untuk memberikan maklumat pada pihak berkuasa #ujianhidup #allahuallah #semogaallahpermudahkansegalanya #fyp ♬ Perwiraku teruskan berjuang – Ri Za
Baca juga: Tular Lelaki Kahwin 3, Peguam Dedah Rupanya Trademark ‘Poligami Harmoni’ Itu Ada Sisi Gelap!
