Berhubung kes bunuh Zayn Rayyan, pihak Polis Diraja Malaysia ada menerima maklumat baharu yang membabitkan satu pautan rakaman video.
Menurut Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor, pihaknya menerima satu laporan polis daripada ibu Zayn Rayyan, Ismanira Abdul Manaf, yang memaklumkan beliau telah menerima satu pautan video TikTok melalui aplikasi WhatsApp.
Baca juga: Ibu Dakwa Anak Jatuh Di Rumah Pengasuh, Sampai Tempurung Retak & Berlaku Pendarahan Otak!
KES BUNUH ZAYN RAYYAN: POLIS TERIMA MAKLUMAT BARU

Menerusi video berdurasi lebih kurang satu minit itu, dapat dilihat Ismanira sedang berjalan sambil memegang tangan kedua-dua anaknya iaitu Zayn Rayyan dan adiknya menuju ke kawasan parkir motosikal Blok R, Apartmen Idaman, Damansara Damai di Selangor.
“Pengadu berasakan individu yang tidak dikenali ini merakam video dari kawasan Blok Apartmen Idaman yang berhadapan dengan Blok R serta rakaman dibuat dari ketinggian yang menunjukkan bahawa perakam kemungkinan besar adalah penghuni di satu daripada tingkat atas di blok tersebut,” jelasnya.
Difahamkan, ibunya juga percaya bahawa ini bukan satu kebetulan kerana tidak lama selepas rakaman ini dibuat, Zayn Rayyan ditemukan mati dengan jarak kira-kira 200 meter dari lokasi di mana video telah dirakam.
“Siasatan terhadap kes ini masih berjalan dan pihak polis memohon orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan serta mengelirukan masyarakat,” ujarnya.
Pada 6 Disember 2023, media sebelum ini melaporkan bahawa mayat kanak-kanak malang itu ditemukan di aliran anak sungai berhampiran rumahnya selepas hilang sehari sebelumnya.
Hasil bedah siasat mendapati bahawa mangsa dibunuh kerana terdapat kesan kecederaan pada leher dan badan Zayn Rayyan akibat cuba mempertahankan diri.
Baca juga: Dapat ‘Free’ Apam Balik Kalau Berjaya Sambung Ayat Al-Quran, Usaha Ini Dipuji Warganet
Sumber: Berita Harian
