Tempoh selepas tamat salah satu peperiksaan paling penting dalam hidup iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) boleh membawa kita ke banyak hala tuju. Ada yang menanti panggilan masuk ke universiti dan ada juga yang mula melakukan kerja part time terlebih dahulu untuk mencari wang tambahan.
Buat adik-adik yang masih belum sambung belajar ke mana-mana IPTA atau IPTS, ambil masa ini untuk ceburkan diri dalam pekerjaan sementara yang boleh membantu tambah dana di masa hadapan. Tak perlu kerja yang rumit-rumit, kalau boleh buat antara 7 senarai kerja di bawah pun sudah cukup.
Baca juga: Jodoh Dah Jumpa Tapi Bakal Mentua ‘REJECT’ Sebab Anda Kerja Dalam 7 Bidang Ini, Pedihnya Hati!
7 JENIS KERJA PART TIME SESUAI DIBUAT UNTUK LEPASAN SPM

1.Pembantu Pejabat
Kerja part time sebagai pembantu pejabat memberikan peluang untuk mempelajari kemahiran penting dalam pentadbiran dan pengurusan. Antara tugasan yang anda mungkin diberikan adalah membancuh kopi, menjawab panggilan telefon, menyusun fail, atau menyediakan dokumen-dokumen penting untuk mesyuarat. Tidak begitu sukar untuk dilakukan, ini akan memberikan anda pengalaman tentang situasi bekerja di pejabat.
2.Pekerja Jualan Retail
Industri runcit sentiasa mencari tenaga kerja part time untuk membantu dalam operasi harian kedai. Oleh itu, adik-adik lepasan SPM boleh cuba dahulu untuk pekerja retail di perniagaan seperti kedai pakaian, kedai buku, atau kedai serbaneka lain. Ini adalah peluang yang baik untuk memahami industri runcit dan membina keberanian untuk berinteraksi dengan pelanggan.
3.Pembantu Jualan Online/ Live Host
Selari dengan era digital ini, peluang untuk menjual produk secara online semakin berkembang. Jika dilihat di dalam laman media sosial seperti Tiktok, akan ada sahaja jualan secara LIVE dan memerlukan seorang ‘host’ untuk berinteraksi bersama pembeli. Malah, ganjaran yang anda boleh dapat juga lumayan jika bekerja lebih masa. Ini juga membolehkan anda mempelajari kemahiran dalam pemasaran digital dan pengurusan perniagaan.
4.Guru Tuisyen
Bagi adik-adik lepasan SPM yang mempunyai kebolehan dalam subjek tertentu seperti Matematik, Sains, atau Bahasa, menjadi guru tuisyen adalah pilihan yang baik. Anda boleh menawarkan perkhidmatan kerja part time sebagai guru tuisyen kepada pelajar sekolah rendah atau menengah yang memerlukan bantuan tambahan dengan pelajaran mereka.

5.Pelayan restoran
Kerja part time dalam industri makanan dan minuman (F&B) sentiasa memerlukan tenaga kerja sambilan, terutamanya semasa musim sibuk seperti cuti sekolah. Tidak kira anda pilih untuk bekerja sementara di restoran tempatan atau antarabangsa, ini merupakan peluang yang baik untuk mempelajari kerja pasukan, mengasah kemahiran pelanggan, dan memahami operasi harian dalam industri makanan.
6.Jurujual
Kerja part time sebagai jurujual atau promoter bagi produk tertentu adalah salah satu pilihan yang popular di kalangan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ini termasuklah promosi di pusat beli-belah, pasar malam, atau pameran-pameran. Anda akan memperoleh pengalaman berinteraksi dengan pelanggan dan mempelajari kemahiran komunikasi yang penting dalam dunia perniagaan.
7.Pengasuh kanak-kanak
Disebabkan terlampau banyak kes melibatkan kecuaian dalam penjagaan kanak-kanak, jadikan kerjaya pengasuh ini walaupun sementara memerlukan minat yang mendalam. Bagi mereka yang mempunyai minat dengan kanak-kanak, menjadi pekerja penjagaan kanak-kanak atau guru taska adalah pilihan yang baik. Jadi, anda boleh bekerja sebagai pengasuh di pusat penjagaan kanak-kanak atau sebagai pengasuh di rumah.

*Bukan sahaja adik-adik lepasan SPM nak buat kerja part time, kalau anda yang ada kerjaya lain dan mahu ada wang sampingan pun boleh cuba!
Baca juga: 10 Jenis Pekerjaan Boleh Buat Di Luar Negara, Nampak Macam ‘Cikai’ Tapi Gaji Lumayan!
Sumber: MauKerja
