Euforia Bola 2026
Famili

Individu Ini Dedah Modus Operandi Jahat Di R&R, Ada ‘Tangan Panjang’ Cabut Skru Kereta Orang Awam!

kereta rosak

Kereta rosak di kawasan rehat dan rawat (R&R) bukanlah perkara pelik, namun ia boleh menimbulkan kemusykilan sekiranya ia tiba-tiba sahaja berlaku setelah beberapa minit anda meninggalkannya.

Kebanyakan orang yang memandu di atas lebuh raya, sudah semestinya kawasan R&R menjadi tempat persinggahan mereka sama ada untuk membuang hajat, menghilangkan lelah sebentar atau memenuhi perut kelaparan setelah lama memandu.

Baca juga: Cermin Kereta Retak Terkena Batu Mesin Rumput, Lelaki Ini Kongsi Tindakan Diambil!

KERETA ROSAK TIBA-TIBA DI R&R

kereta rosak

Gambar: Altimat Auto Garage

Namun, masalah lain boleh timbul sekiranya kereta yang diletakkan di kawasan itu menjadi mangsa si tangan panjang yang mengambil kesempatan untuk merosakkan kenderaan orang awam.

Begitulah satu kisah benar yang terjadi, dikongsikan oleh sebuah page di laman Facebook baru-baru ini.

Menurut pencerita, terdapat satu modus operandi jahat yang terbaru telah dikesannya. Di mana, ia terjadi di kawasan tempat letak kenderaan R&R.

Perbuatan licik tersebut adalah menanggalkan skru minyak hitam dan minyak gearbox kereta orang awam.

Tambahnya lagi, perbuatan individu-individu yang tidak bertangungjawab itu bukan sahaja menjejaskan enjin kenderaan, malah melibatkan kos tinggi apabila ia dibaiki!

Nak tahu butiran cerita, jom tatal sampai habis!

Baca juga: Wanita Kongsi MAIN KUTU Cara Selamat Di Maybank2u, Nak Cecah 10K Dah Target 10 Bulan Je!

Modus operandi cabut skru kenderaan di R&R

Aduh, sekarang ini kena makin hati-hati bila singgah rehat di kawasan rehat dan rawat (R&R).

Ada je kes longkai yang ambil kesempatan masa kita tengah rehat, siap cabut skru minyak hitam dan minyak gearbox kereta!

Baru-baru ini ada kes lagi, dua skru kereta orang itu hilang terkesan minyak hitam dengan minyak gearbox. Kalau tak perasan awal-awal, boleh habis kereta kena major breakdown.

Benda ini bukan main-main sebab kalau minyak hitam atau minyak gearbox habis, memang habislah enjin kereta.

Baca juga: Ramai Masih Tak Faham Istilah CCRIS & CTOS, Sampai Ingat Dua Entiti Ini Ada Kuasa ‘Blacklist’!

Sentiasa periksa kereta ketika berada di R&R, sebelum menyambung semula perjalanan

Kos baiki kenderaan bukan murah! Jadi pesan aku, kalau meletakkan kenderaan di R&R, pastikan korang sentiasa periksa balik keadaan kereta sebelum sambung jalan.

Kalau ada benda pelik, bawa terus ke bengkel untuk periksa jangan sampai terlepas pandang. Jadi, tolong berjaga-jaga sesama kita.

Sebelum apa-apa terjadi, lebih baik ambil langkah berjaga-jaga. Kalau korang rasa ada yang tak kena dengan kereta selepas berhenti rehat, jangan tangguh, terus buat pemeriksaan!

‘Stay safe’ semua!

Baca juga: Ketahui 6 Cara DIY Periksa ‘Defect’ Rumah Baru, Senang Nak Tuntut Dari Pemaju!

Sumber: Altimat Auto Garage

FT Image: actualidadmotor / Altimat Auto Garage

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×