Seorang wanita berdepan detik mengejutkan apabila kereta kena langgar walaupun diparkir dengan sempurna di dalam petak letak kereta.
Lebih menyedihkan, kejadian itu berlaku apabila sebuah kereta lain yang ditolak secara manual oleh seorang warga emas hilang kawalan lalu merempuh bahagian belakang keretanya.
Baca juga: Abang Usia 11 Tahun Tawan Hati Netizen, Buat 300 Gaya Rambut Kreatif & Comel Dekat Adik Perempuan
KERETA KENA LANGGAR WALAUPUN DALAM PARKING, INI YANG JADI SEBENARNYA

Difahamkan, warga emas berkenaan terpaksa menolak keretanya sendiri kerana tidak mampu membeli bateri baharu setelah kenderaannya gagal dihidupkan.
Insiden itu berlaku di kawasan parkir berbukit, menyebabkan kereta yang ditolak itu meluncur laju menuruni cerun tanpa dapat dikawal, sebelum melanggar kereta wanita berkenaan yang berada dalam keadaan tidak bergerak.
Wanita berkenaan meluahkan rasa kecewa di media sosial, menyatakan bahawa dia menjaga keretanya dengan baik dan tidak menyangka kemalangan sebegitu akan berlaku.
Namun begitu, dia tetap cuba berlapang dada dan menganggap kejadian tersebut sebagai satu ujian daripada Allah SWT.
“Kalau tengok dari CCTV memang pakcik itu salah sebab buat kerja tak fikir. Kereta pakcik tu bateri dia rosak dan tak ada duit nak beli. Jadi cara dia nak hidupkan kereta adalah dengan tolak macam tu, cuma kenapa tak fikir panjang?
“Kenapa kena tolak dekat curam juga, tanpa bantuan orang lain dan tak ada orang dalam kereta. Sebenarnya, satu je, Allah hantar ujian ini untuk aku. Allah sedang uji aku,” luahnya.

Menerusi video lain di media sosial milik Syiqin, dia berkongsi bahawa kereta tersebut dibeli hasil titik peluhnya bekerja selama bertahun-tahun untuk mengumpul wang.
Perkongsian itu pastinya mendapat perhatian ramai pengguna media sosial yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib wanita tersebut.
Ada juga yang memuji sikap tenang dan redanya dalam menghadapi situasi tersebut, walaupun jelas kerugian yang dialaminya bukan sedikit.
“Rasa kesian juga dekat pakcik tu. Maaf cakap, Allah uji awak sekarang ini sebab dia tahu awak kuat, Allah nak bagi awak lebih dari ni lagi . Semoga awak kuat ya,” komen pengguna TikTok.
Baca juga: Kepala Tersepit Celah Besi Penghadang Di Taska, Kanak-Kanak 2 Tahun Tahan Sakit Selama 10 Minit!
Sumber: TikTok Syiqin
