Euforia Bola 2026
Rakyat

[VIDEO] Berpantang Maut Sebelum Ajal, Wanita Terselamat Detik Kereta Dihempap Runtuhan ECRL!

binaan ecrl

Detik cemas berlaku di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Batu Caves kelmarin (Selasa) apabila seorang wanita berdepan pengalaman ngeri kereta yang dipandunya dipercayai dihempap runtuhan binaan ECRL (Laluan Rel Pantai Timur).

Pepatah Melayu yang paling tepat sekali untuk melambangkan situasi wanita tersebut adalah “Berpantang maut sebelum ajal”.

Baca lagi: Bayi Usia 6 Bulan Yatim Piatu Sekelip Mata, Ibu Bapa Maut Kemalangan Tragis Kereta Bertembung Lori

“Memang Seram!”- Wanita Terselamat, Kereta Dihempap Runtuhan Binaan ECRL

binaan ECRL

Insiden yang hampir meragut nyawa itu berlaku secara tiba-tiba, namun wanita berkenaan dilaporkan terselamat selepas berjaya dikeluarkan oleh orang awam beberapa minit sebelum pihak Bomba tiba.

Menurut laporan Sinar Harian, mangsa difahamkan berada dalam keadaan terperangkap sebelum orang awam bertindak pantas membantu mengeluarkannya.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.47 tengah hari.

“Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang segera digerakkan dan jentera pertama tiba pada jam 2.14 petang. Komander operasi melaporkan terdapat runtuhan binaan ECRL yang menghempap sebuah Suzuki Swift. Mangsa bagaimanapun telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum anggota bomba tiba,” katanya.

Seramai tujuh anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) terlibat dalam operasi tersebut.

Punca Runtuhan Dalam Siasatan, Rakaman Dashcam Tular

binaan ECRL

Tambah beliau, tiada mangsa lain dilaporkan terlibat dan siasatan berhubung punca runtuhan diserahkan kepada pihak berkuasa berkaitan untuk tindakan lanjut.

Sebelum itu, sebuah video dashcam tular di media sosial menunjukkan bagaimana struktur besi projek ECRL tiba-tiba runtuh dan menimpa sebuah kereta di bawahnya.

Lebih mengerikan, rakaman itu turut memperlihatkan sebuah motosikal sempat melepasi kawasan tersebut hanya beberapa saat sebelum struktur itu jatuh.

Menurut perkongsian di grup Facebook Asal Gombak, kejadian berlaku di kawasan binaan ECRL di MRR2 Lingkaran Karak menghala ke Gombak.

Susulan kejadian, laluan terlibat ditutup sepenuhnya untuk kerja penyiasatan dan keselamatan. Oleh itu, pengguna jalan raya yang menuju ke arah Gombak disarankan menggunakan laluan alternatif sehingga kawasan tersebut kembali selamat. Hati-hati semua!

@beritaalhijrah114Rakaman kamera papan pemuka atau dashcam detik sebuah kereta yang dihempap binaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang runtuh di Jalan Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), di Batu Caves, petang tadi. Pihak bomba memaklumkan pemandu yang merupakan seorang wanita dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan dan berjaya dibawa keluar oleh orang awam. Tekan link untuk berita penuh♬ original sound – Berita AlHijrah

Baca juga: Alamak! Duit ‘Melayang’ Kalau Cermin Kereta Pecah, Relaks Dulu Buat 8 Langkah Ini

Sumber: Sinar Harian, Asal Gombak 2.0

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×