Euforia Bola 2026
Famili

Ibu & Anak Usia 9 Tahun Maut, Disyaki Keracunan Makanan Lauk Di Kenduri Kahwin

keracunan makanan

Seorang wanita bersama anak lelakinya dilaporkan meninggal dunia, dipercayai akibat keracunan makanan lauk kenduri perkahwinan sebuah kampung di Tawau pada Sabtu lalu.

Mangsa, Nazuah Pili, 36, dan anak sulungnya, Mohd Amran, 9, mengalami simptom muntah serta cirit-birit yang serius beberapa jam selepas pulang dari majlis tersebut sekitar jam 11 pagi, sebelum kedua-duanya tidak sedarkan diri.

Baca juga: Tular Video Guru Redah Hujan Dengan Murid Guna Payung Gergasi, Ini Baru Cikgu Sejati!

IBU & ANAK MAUT AKIBAT KERACUNAN MAKANAN LAUK KENDURI KAHWIN

KERACUNAN MAKANAN

TV3

Menurut suami mangsa, Masran Mohd Amin, 43, beliau menemui isteri dan anaknya dalam keadaan terbaring di ruang tamu rumah mereka sekitar jam 3 petang sebaik tiba dari tempat kerja.

“Pada awalnya saya tidak syak apa-apa, cuma perasan isteri kerap ke tandas dan kelihatan lemah setiap kali kembali berbaring. Saya cuba kejutkannya apabila ternampak ada kesan najis pada kain sarung yang dipakai, sebelum dia sekali lagi masuk ke tandas. 

“Saya turut menyedari anak kami, Amran, masih terbaring tanpa menunjukkan sebarang reaksi,” jelasnya.

Masran turut memaklumkan bahawa beliau sendiri mengalami muntah dan sakit perut selepas menikmati makanan kenduri yang dibawa pulang oleh isterinya.

Dua lagi anak mereka, Naziah Insyirah, 6, dan Mohd Azran, 18 bulan, telah dibawa oleh ahli keluarga lain ke klinik kesihatan berhampiran untuk mendapatkan rawatan segera.

“Jenazah isteri dan anak kami telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Batu 4 kira-kira jam 10 malam tadi selepas proses bedah siasat selesai,” ujarnya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Champin Piuh, mengesahkan pihaknya telah menerima laporan mengenai kejadian tersebut dan siasatan sedang dijalankan.

Baca juga: 7 Jenis Buli ‘Senyap’ Yang Ibu Bapa Wajib Tahu, Takut Anak Pernah Buat Dekat Sekolah!

Sumber: TV3

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×