Euforia Bola 2026
Percutian

Perut Buat Hal Masa ‘Travel’? Wanita Ini Dedah Rahsia Pil Hitam Selamatkan Dia Dari Malu, Terus Baik Dari Memulas!

pil hitam

Pernahkah anda berdepan situasi cemas apabila perut tiba-tiba memulas di tempat awam atau ketika hendak menaiki kapal terbang? Itulah saat di mana pil arang menjadi penyelamat utama, seperti yang dikongsikan oleh seorang wanita di Facebook, LiLy Wahab, tentang pengalamannya menghadapi ‘drama perut’ di lapangan terbang baru-baru ini.

Baca juga: Petua Daun Rambutan Zaman Moyang Viral Semula! Rupanya Bantu Rawat Panas Kepala, Gatal Kulit & Bisul

PIL ARANG PENYELAMAT PERUT MEMULAS

pil hitam

Gambar LiLy Wahab.

Menurutnya, detik cemas itu bermula apabila perut mula berbunyi kuat sebaik menunggu waktu untuk menaiki pesawat.

“Antara benda paling menakutkan dekat airport pastu nak dekat boarding, bila perut mula bagi signal nak buat konsert tak diundang. Meletup-letup,” tulisnya berseloroh.

Katanya, keadaan itu berpunca daripada makanan dan minuman yang dicuba sebelum penerbangan. Setelah beberapa kali ke tandas, dia akhirnya menelan sebiji pil arang dan keadaan perutnya mula reda.

“Lepas pergi toilet kali ke-3, memang aku rasa aku wajib kena telan pil ni atau aku merana atas flight. Alhamdulillah diam sikit perut,” jelasnya.

Tambahnya lagi, dia tidak pernah lupa membawa pil arang (activated charcoal) ke mana-mana sebagai langkah berjaga-jaga, sama ada ketika melancong atau pulang ke kampung.

“Pil arang ini boleh bantu serap toksin dan gas berlebihan dalam perut, jadi sesuai kalau tersalah makan atau perut rasa memulas tiba-tiba. Senang cerita, pil hitam ini penyelamat kecemasan bila perut ‘berdrama’ dekat tempat awam,” tulisnya.

Baca juga: “Aduhh Panjangnya Barisan…” Ini Tip Pantas ‘Check In’ & Tag Bagasi Guna Kiosk Layan Diri Di Lapangan Terbang!

pil hitam

Gambar sutlafk (shutterstock)

Perkongsiannya mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya yang turut mengakui keberkesanan pil tersebut dalam melegakan masalah perut seperti keracunan makanan atau kembung.

Antara komen mereka:

“Sama… kita anak-beranak mesti ada pil ni. Dia neutralize toksin,” komen Syira Charms.

“Memang sangat membantu bila perut berdrama. Teringat masa ceri beri kat UiTM dulu sebab keracunan makanan. Fuhhh, benda alah ni lah yang bantu stopkan drama perut den,” kongsi Asma Fadzil.

“Telan pil arang ni memang selesa perut,” ujar Hamizah Hassanudin.

“Betul, pil charcoal itu memang penyelamat haha,” jelas Ikien Ahmad.

Pakar kesihatan turut menjelaskan bahawa pil arang berfungsi menyerap toksin, gas dan bahan kimia berlebihan dalam sistem pencernaan, menjadikannya berguna untuk kes keracunan makanan ringan atau perut tidak selesa.

Namun, pengguna dinasihatkan mendapatkan nasihat doktor sekiranya simptom berlarutan, terutama jika melibatkan muntah teruk, cirit-birit berlebihan atau demam.

Jadi, tidak salah untuk ‘standby’ sepapan pil arang dalam beg kecemasan, terutamanya bagi mereka yang kerap melancong atau mudah mengalami masalah perut kerana langkah kecil itu boleh menyelamatkan keadaan di saat genting!

Baca juga: Jangan Risau Anak Lapar! Ini 5 Tips Mudah Sediakan Makanan Halal Semasa Bercuti Ke Luar Negara

Sumber: Lily Wahab II

FT Image: Curasia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×