Sebelum ini, penulis ada kongsikan beberapa senarai Raja Permaisuri yang jelita dan diminati ramai oleh warga maya. Artikel kali ini pula adalah mengenai kerabat diraja Pahang yang segak.
Selain kerabat diraja Pahang, terdapat juga beberapa negeri lain dan sudah tentunya menjadi pilihan rakyat jelata kerana rupa paras mereka. Ikuti perkongsian lanjut di bawah.
Baca juga: 14 Jalan Sekitar Ibu Negara Ditutup Sementara, Sempena Istiadat Pertabalan Agong 20 Julai Ini!
KERABAT DIRAJA PAHANG YANG SEGAK, NEGERI LAIN PUN ADA JUGA
1. Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah

Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah diputerakan pada 17 September 1995 di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan. Baginda kini berusia 29 tahun dan merupakan Tengku Mahkota Pahang serta Pemangku Raja Pahang.
Tengku Hassanal sepatutnya mempunyai seorang abang iaitu anakanda pertama kepada Sultan Abdullah dan Tunku Azizah Maimunah, iaitu Tengku Ahmad Iskandar, namun baginda telah meninggal dunia sejurus dilahirkan pada 24 Julai 1990.
Baginda sangat diminati rakyat jelata terutamanya dalam golongan wanita kerana memiliki rupa paras yang kacak.
2. Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah Al-Sultan Abdullah

Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah Al-Sultan Abdullah pula merupakan puteri keempat Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Beliau merupakan pasangan kembar kepada Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah, yang juga merupakan putera kepada Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Tengku Puteri Afzan Aminah sangat diminati ramai kerana memiliki rupa paras yang cantik dan jelita.
3. YAM Tunku Abdul Rahman Hassanal Jeffri Ibni Sultan Ibrahim

YAM Tunku Abdul Rahman Hassanal Jeffri Ibni Sultan Ibrahim merupakan Tunku Panglima Johor dilahirkan pada 5 Februari 1993.
Rupa paras kacak yang dimiliki oleh baginda membuatkan dirinya diminati ramai dan sehingga kini pengikut di Instagramnya adalah seramai 544k.
4. Yang Amat Mulia Tunku Aminah Maimunah Iskandariah binti Sultan Ibrahim Ismail

Yang Amat Mulia Tunku Aminah Maimunah Iskandariah binti Sultan Ibrahim Ismail dilahirkan pada 8 April 1986 merupakan puteri tunggal bagi pasangan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ismail Ibni Sultan Mahmud Iskandar dan Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofia. Beliau mempunyai enam orang adik-beradik dan mesra disapa sebagai “Tunku Inah”.
5. Yang Amat Mulia Tengku Puteri Daulath Raja Tengku Fatimatuz Zahra’ Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin

Yang Amat Mulia Tengku Puteri Daulath Raja Tengku Fatimatuz Zahra’ Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin merupakan puteri bongsu.
Senyuman manis dan kelihatan seperti perempuan melayu terakhir membuatkan dirinya diminati ramai oleh warga maya apabila melihat gambar Tengku.
6. Yang Teramat Mulia Raja Nazira Safya Binti Sultan Nazrin Muizzuddin Shah

Raja Nazira Safya dilahirkan di Hospital Pakar Damansara, Selangor pada 2 Ogos 2011. Sejak kecil lagi, Raja Nazira diminati ramai kerana kecomelan yang dimilikinya.
Raja Nazira Safiya memiliki seorang kekanda lelaki iaitu Raja Kechil Besar Perak Raja Azlan Muzzaffar Shah berusia 16 tahun.
*Yang mana satu jadi pilihan anda?
Baca juga: 6 Raja Permaisuri Jelita Yang Menjadi Penyeri Istana & Idola Rakyat, Ini Pilihan Netizen..
Sumber: Portal Kerajaan Negeri
