Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi laman media sosial rasminya mengumumkan bahawa keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 akan diumumkan pada 24 April (Khamis) ini.
Seramai 402,956 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM Tahun 2024 di 3,337 pusat peperiksaan seluruh negara.
Baca juga: Walaupun Gaji Tinggi Tapi Siapa Sangka 7 Pekerjaan Ini Boleh ‘Ambil’ Nyawa, Sanggup Tak?
KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2024 DIUMUMKAN 24 APRIL INI

Kredit imej: Kosmo
Calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM Tahun 2024 di sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi pada tarikh berkenaan.
Bagi calon persendirian, keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos atau calon boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan.
KPM meminta agar pihak sekolah memastikan pengurusan penyerah keputusan Sijil Pelajaran Malaysia Tahun 2024 dilaksanakan dengan teratur.
Kaedah semakan keputusan SPM Tahun 2024 untuk calon sekolah dan calon persendirian adalah seperti berikut:
– Dilakukan scara dalam talian melalui pautan myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan SPM Tahun 2024 mulai pukul 10.00 pagi pada 24 April 2025 sehingga pukul 6.00 petang pada 30 April 2025.
– Boleh menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan SPM Tahun 2024 dengan menaip SPMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888.
Sistem semakan ini akan diaktifkan mulai pukul 10 pagi pada 24 April 2025 sehingga pukul 6.00 petang pada 30 April 2025.
KPM juga mengucapkan syabas dan tahniah diucapkan kepada semua calon peperiksaan SPM Tahun 2024. Diharapakan kejayaan yang diraih dapat menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan pada masa akan datang.
Baca juga: 20 Contoh Ucapan Sempena Hari Ibu Versi Islamik, Jangan Lupa Luahkan Kasih Sayang Anda
Sumber: Buletin TV3
