Euforia Bola 2026
Didik

‘Baby Polisterin’ Banjir 2014 Dah Besar, Dapat Keputusan Cemerlang 9A Peperiksaan UPKK!

peperiksaan upkk

Masihkah anda ingat video yang tular pada tahun 2014 memaparkan seorang kanak-kanak lelaki tidur lena di dalam sebuah kotak polisterin ketika banjir di Kelantan? Nampaknya kanak-kanak kecil itu kini sudah dewasa dan memperoleh keputusan peperiksaan UPKK yang cemerlang!

Tahniah diucapkan!

Baca juga: Semakan Keputusan UPKK 2024 Dibuka, Mak Ayah/Penjaga Dah Boleh Semak Untuk Anak

‘BABY POLISTERIN’ DAPAT 9A PEPERIKSAAN UPKK, NETIZEN UCAP TAHNIAH!

peperiksaan upkk

Cukup pantas masa berlalu, kanak-kanak yang tular ketika usia setahun itu ini sudah berusia 12 tahun. Masih terngiang-ngiang zikir dan selawat yang didendangkan oleh bapanya dalam video tersebut, adik yang dikenali dengan nama Fauzan mendapat 9A dalam keputusan peperiksaan UPKK baru-baru ini.

“Alhamdulillah syukur ya Allah, terima kasih semua yang mendoakan adik Fauzan baby polystrin dapat 9A UPKK 2024. Semoga terus berusaha untuk menjadi hamba Allah yang cemerlang dunia dan akhirat,” tulis bapanya.

Ramai yang seakan sukar percaya bahawa kanak-kanak lelaki berkenaan sudah memasuki usia 12 tahun dan netizen turut mengucapkan tahniah di atas kejayaan yang dicapai oleh Fauzan. Malah, mereka meninggalkan juga komen bergurau bahawa mungkin teknik tidur dalam polisterin merupakan ‘teknik’ untuk anak cemerlang dalam peperiksaan.

Dilaporkan, 22,351 daripada 236,986 calon menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2024 mencatatkan keputusan cemerlang dengan memperoleh A dalam kesemua sembilan mata pelajaran peperiksaan itu.

Rata-rata ibu bapa gembira berkongsikan kejayaan anak masing-masing dan turut menzahirkan penghargaan buat pendidik yang telah menabur jasa pada anak-anak mereka.

Ibu bapa / Penjaga boleh menyemak rumusan keputusan calon bermula 20 Mac 2025 (Khamis), jam 2.00 petang melalui laman sesawang https://semakan.islam.gov.my/ dengan menggunakan:

i) Nombor MyKid;dan
ii) Nombor Angka Giliran
iii) Ibu bapa/Penjaga juga boleh mendapatkan Slip Keputusan UPKK Tahun 2024 penuh daripada pihak sekolah masing-masing bermula pada 21 Mac 2024 (Jumaat), jam 9.30 pagi.

@hadi_klate_ranau Alhamdulillah syukur ya Allah, terima kasih semua yg mendoakan adik Fauzan baby polystrin dapat 9A UPKK 2024, semoga terus berusaha untuk menjadi hamba Allah yg cemerlang dunia dan akhirat🤲❤️ #fauzan #alhamdulillah #upkk2024 #fyppppppppppppppppppppppp #tiktok ♬ tob tobi tob – wsszx.7

*TAHNIAH SEMUA!

Baca juga: Leia Mayssa Berjaya ‘Tembus’ MIT, Anak Tempatan Kebanggaan Ramai Sambung Belajar Di Pusat Berprestij Dunia!

Sumber: Tiktok @hadi_klate_ranau

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×