Euforia Bola 2026
40 Minggu

Tidur Malam Terganggu Ketika Hamil? Tenangkan Diri Dengan Baca Doa Ini, InsyaAllah Lena!

susah tidur malam

Tiba satu tahap, ibu hamil akan mengalami masalah susah tidur malam kerana kurang selesa dengan keadaan badan. Perut yang semakin membesar, sakit belakang, bayi aktif pada waktu malam boleh mengakibatkan tidur terganggu.

Jadi, bagi mengatasi masalah susah tidur malam ketika hamil, ibu dinasihatkan supaya membaca beberapa cadangan doa di bawah ini.

Baca juga: Ibu Hamil 8 Bulan Meninggal Dalam Senyuman, Suami Tak Sangka Isteri Sakit Seteruk Ini…

IBU HAMIL SUSAH TIDUR MALAM? AMALKAN BACA DOA INI

SUSAH TIDUR MALAM

Freepik

Berikut antara amalan yang boleh membantu ibu hamil yang susah tidur malam agar hati lebih tenang:

1. Baca doa sebelum tidur

بِاسْمِكَ اللَّهُمَّ أَحْيَا وَأَمُوتُ

Bismikallahumma ahya wa amut

Maksudnya: “Dengan namaMu ya Allah aku hidup dan aku mati.”

2. Doa untuk hati gelisah

اللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً، وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً

Allahumma la sahla illa ma jaaltahu sahla wa anta tajalul hazna idha shi’ta sahla

Maksudnya: “Ya Allah tiada yang mudah melainkan apa yang Engkau permudahkan dan Engkau mampu menjadikan perkara yang susah itu mudah apabila Engkau kehendaki.”

3. Doa susah tidur malam

Ibu hamil yang susah tidur malam, boleh juga baca doa ini:

اللَّهُمَّ غَارَتِ النُّجُومُ ، وَهَدَأَتِ الْعُيُونُ ، وَأَنْتَ حَيٌّ قَيُّومٌ يَا حَيُّ ، يَا قَيُّومُ ، أَنِمْ عَيْنَيَّ وَأَهْدِئْ لَيْلِي

Allahumma gharatin nujum wa hadaatil ‘yun wa anta hayyun gayyum la takkhuzuka sinatun wala naumun ya hayyu ya gayyum ahdi’ laili wa anim ‘aini

Maksudnya: “Ya Allah, telah malap bintang-bintang, dan telah tenang mata-mata manusia, dan Engkau maha berkuasa, Wahai yang Maha Berkuasa, lelapkanlah mataku dan tenangkanlah malamku ini.”

3. Baca surah ringkas

Seterusnya, masalah susah tidur malam yang dialami oleh ibu hamil boleh diatasi dengan membaca beberapa surah ringkas seperti:

  • Al-Fatihah
  • Surah Al Ikhlas
  • Al Falaq
  • An Nas
  • Ayat Kursi

Amalkan membaca surah di atas sebelum tidur sebagai pelindung dan penenang hati.

4. Susah tidur malam – baca zikir ringkas

Selain itu, ibu hamil yang mengalami masalah susah tidur malam, dinasihatkan juga untuk membaca zikir agar diri lebih tenang.

  • Subhanallah 33 kali
  • Alhamdulillah 33 kali
  • Allahu Akbar 34 kali

Amalkan doa dan zikir ini sebagai peneman sebelum tidur, akan lebih lena dan jiwa lebih damai.

Baca juga: Minum Air Selusuh Boleh Jadi Punca Kematian & Bayi Lemas, Kena Lebih Hati-Hati Bila Nak Beli

Sumber: Pop Mama

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×