Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA), selaku pemilik serta pengendali perkhidmatan pengangkutan awam terbesar negara telah memperkenalkan pas langganan OKU SMILE untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Kemudahan OKU ini berupaya menggalakkan dan memudahkan mereka bergerak ke mana-mana dengan pengangkutan awam yang disediakan secara percuma.
Di mana, PRASARANA merupakan pemilik dan pengendali perkhidmatan rel negara termasuklah rangkaian LRT, KL Monorel dan laluan MRT, selain perkhidmatan bas henti-henti di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Pahang.
Baca juga: Gusar ‘Power Bank’ Meletup Dalam Pesawat, Juruterbang Beri Saranan Buat Langkah Ini!
KEMUDAHAN OKU – PAS ‘OKU SMILE’

Gambar Lyna Noh
Perkara ini telah dikongsikan sendiri oleh seorang ibu bernama Lyna Noh, melalui pengalaman menggunakan Pas OKU SMILE buat anaknya yang istimewa.
“Memandangkan lepas ini banyak nak berjalan dengan pengangkutan awam jadi kami mohon pas OKU SMILE untuk Fahry.
““Pas OKU SMILE ini memang power, boleh berjalan FREE naik tren (LRT, MRT) dan bas di bawah Prasarana (Rapid dan BRT) di seluruh Malaysia (Kuala Lumpur, Selangor, Penang & Pahang).
“Tak payah fikir tambang dah, tinggal tap kad dan jalan sahaja,” kongsinya.
Malah, Lyna Noh juga memaklumkan bahawa pengguna OKU boleh mendaftar di MyRailLife untuk menggunakan pengangkutan KTM dengan percuma.
“Bagaimana dengan KTM? Pun ada, daftar MyRailLife. OKU dapat naik percuma untuk Komuter (KV dan Utara) dengan Shuttle Timuran (Gemas – Tumpat). Sila lah mohon,” jelasnya lagi.
Baca juga: Ramai Terkejut Kalkulator IOS & Android Ada Fungsi Tukaran Mata Wang, Mudah ‘Travel Overseas’
INFO PAS OKU SMILE

Meninjau di laman portal rasmi MyRapid, terdapat beberapa info yang perlu anda tahu mengenai pas OKU SMILE. Antaranya adalah:
- Boleh mendaftar di kaunter pendaftaran konsesi yang disediakan seperti senarai di dalam PDF atau di dalam talian https://myrapid.com.my/concession-card-registration/?concession_form=oku .
- Bayaran RM5.00 dikenakan sebagai harga kad semasa permohonan dan akan dikreditkan RM5 sebagai nilai minimum yang perlu ada bagi semua perkhidmatan rel dan bas di bawah Rapid KL, Rapid Penang, dan Rapid Kuantan.
- Pemegang pas OKU SMILE hendaklah sentiasa mengekalkan nilai minima dompet sebanyak RM5.00 semasa menggunakan perkhidmatan rel dan bas kendalian Rapid.
- Bagi pemegang Kad Konsesi OKU Prasarana sedia ada, tiada bayaran dikenakan untuk mengaktifkan pas OKU SMILE.
- Pas OKU SMILE akan mempunyai fungsi pembaharuan automatik untuk memastikan pengaktifan yang berterusan, jadi pengguna digalakkan untuk menggunakan pas secara berkala bagi memastikan pas tersebut sentiasa aktif.
- Semua kategori OKU layak memohon pas ini dan wajib mempunyai Kad OKU.
- Selain pelajar, golongan dewasa OKU juga boleh memohon pas ini.
Sebarang soalan dan jawapan anda boleh membaca lanjut di PDF yang disediakan ini:
Baca juga: Wanita Kongsi Pengalaman ‘Renew’ Pasport Selaju Kilat, Tak Perlu Nombor Giliran Masa Ambil!
