Seorang pemandu Grab menerima pujian ramai selepas menunjukkan sikap prihatin apabila menghubungi seorang ibu untuk memaklumkan bahawa anaknya telah selamat menaiki kenderaan.
Perkongsian yang dimuat naik di Threads itu mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya memuji layanan baik dan sikap bertanggungjawab yang ditunjukkan pemandu berkenaan.
Baca juga: Konon Nak ‘Mengubati’, Penoreh Getah Dipenjara 24 Tahun Lakukan Amang Seksual Terhadap Anak Kandung
PEMANDU GRAB DIPUJI, TELEFON IBU MAKLUM ANAK SELAMAT NAIK RUMAH

Foto: Threads @ninamericano_
Menurut wanita tersebut, dia menempah perkhidmatan Grab untuk menjemput anaknya. Tidak lama selepas itu, pemandu berkenaan menghubunginya bagi memaklumkan bahawa anaknya sudah berada di dalam kereta.
Malah, pemandu tersebut turut meminta anaknya sendiri bercakap melalui telefon supaya si ibu lebih yakin dan tenang bahawa anaknya benar-benar telah selamat dijemput.
“Bagusnya Grab driver ni. Saya order Grab untuk pickup anak saya. Dia call saya untuk bagitahu anak saya dah naik kereta dan suruh anak saya cakap dia dah naik. First time dapat driver bagus macam ni. Thank you so much En. Pang.
Walaupun hari ini down sikit dekat ofis, tapi ada orang baik yang really made my day.
Dia mudahkan urusan saya jemput anak saya nombor satu, so saya boleh jemput anak nombor dua saya.”
Perkongsian itu turut menyentuh hati ramai ibu bapa yang memahami perasaan risau apabila anak menggunakan perkhidmatan pengangkutan bersendirian.
Ramai Kongsi Pengalaman Positif Dengan Pemandu Grab

Foto: Gemini AI
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen berkata mereka juga pernah menerima layanan yang baik daripada pemandu Grab, sama ada ketika menghantar penumpang mahupun membuat penghantaran makanan.
Ada yang berpendapat kebanyakan pemandu Grab sentiasa mengutamakan keselamatan penumpang, terutama melibatkan kanak-kanak dan remaja.
Seorang pengguna menulis “Tapi serious majority driver/rider Grab memang baik. Hantar atau pickup order serius memang elok perangai. Saya setia dengan Grab hahaha.”
Seorang lagi turut berkongsi pengalaman ketika ibunya menempah Grab untuknya.
“My mom always books Grab for me, and all the drivers are so much nicer. Kalau saya lambat pun mereka tunggu dan cakap, ‘Your mom already risau you tak naik lagi.’ So nice of them.”
Dalam masa sama, seorang netizen berpendapat sikap prihatin seperti itu lahir daripada rasa empati terhadap kebimbangan ibu bapa.
“Kebanyakan orang Cina sangat pentingkan keselamatan anak mereka. Walaupun anak sudah turun kereta, mereka masih tunggu sampai anak betul-betul masuk ke sekolah baru bergerak. Jadi mungkin uncle itu faham perasaan ibu bapa yang risau kalau tak dapat update keberadaan anak.”
Sikap Prihatin Kecil Yang Memberi Ketenangan Besar
Walaupun tindakan pemandu itu kelihatan ringkas, ia memberi ketenangan kepada seorang ibu yang perlu menguruskan dua orang anak dalam masa yang sama.
Perkongsian tersebut menjadi peringatan bahawa layanan mesra, komunikasi yang baik dan sikap prihatin mampu memberikan pengalaman yang lebih selesa serta membina kepercayaan pelanggan terhadap perkhidmatan e-hailing.
Kadangkala, satu panggilan telefon yang mengambil masa kurang seminit sudah cukup untuk membuatkan seseorang berasa dihargai dan lebih tenang.
Baca juga: Nampak Comel Tapi Berbahaya, Ini 7 Barang JANGAN Letak Dalam Katil Bayi..Risiko Lemas & SIDS!
Sumber: Threads @ninamericano_
