Euforia Bola 2026
Famili

Nak Teman Bulu Baru? Jom Temui & Adopsi Kucing Comel Di Kempen ‘Furever Friends’!

furever friends

Sebagai sebahagian kempen Furever Friends anjuran SAYS, JUICE, Fly FM, dan Lumi News, satu program khas Cat Adoption Drive akan diadakan pada 20 Julai di Pavilion Damansara Heights dari jam 1 petang hingga jam 6 petang, bersempena dengan TV3’s Cat Fashion Week.

Baca juga: SAYS Lancar Kempen ‘Furever Friends’, Tingkatkan Kesedaran Terhadap Kebajikan Haiwan!

TEMUI SI COMEL IDAMAN DI PROGRAM PENGAMBILAN KUCING FUREVER FRIENDS

kempen furever friends

Program adopsi ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kebajikan haiwan dan menggalakkan orang ramai untuk mengutamakan adopsi berbanding membeli haiwan peliharaan.

Pengunjung berpeluang bertemu dengan kucing-kucing comel yang sedang mencari rumah baru. Semua kucing yang sedia untuk proses adopsi berada di bawah jagaan Pads & Paws KL.

Mengambil haiwan peliharaan bukan sekadar mencari teman baru. Ia juga tentang memberi peluang kedua kepada haiwan untuk menikmati kehidupan yang lebih baik.

Banyak kucing yang kini menanti untuk diadopsi mempunyai latar belakang yang sukar, sama ada pernah ditinggalkan, diselamatkan dari jalanan atau diserahkan oleh pemilik yang tak mampu menjaganya lagi.

Dengan memilih untuk mengadopsi, anda bukan saja menyelamatkan nyawa, malah membantu memberi ruang kepada haiwan lain yang juga memerlukan bantuan di pusat jagaan atau rumah penjaga sementara.

Proses adopsi kucing di acara Furever Friends

furever friends

1. Imbas kod QR

  • Pengunjung hanya perlu imbas kod QR yang disediakan untuk mengisi borang permohonan adopsi secara ringkas

2. Bayaran yuran adopsi

Jika permohonan diluluskan:

  • RM150 untuk seekor kucing
  • RM250 untuk sepasang kucing
  • Yuran dibayar bersama tandatangan kontrak adopsi sebelum kucing dibawa pulang

3. Deposit untuk anak kucing kecil

  • RM100 deposit dikenakan untuk setiap anak kucing kecil
  • Deposit akan dipulangkan selepas bukti kembiri dikemukakan

4. Kucing dewasa sudah dimandulkan

  • Anak kucing yang lebih besar (dewasa) telah pun dimandulkan dan sedia untuk diadopsi tanpa keperluan deposit tambahan

5. Bawa pet carrier sendiri

  • Adopter perlu membawa pet carrier sendiri
  • Jika belum bersedia, Pads & Paws KL boleh menjaga sementara sehingga adopter kembali dengan carrier

Baca juga: Geng Abang Harley-Davidson Santuni Anak-Anak Yatim, Semua Teruja Dapat Tonton Ejen Ali The Movie 2!

furever friends

TV3’s Cat Fashion Week juga menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung, termasuk zon catwalk dan photo booth, aktiviti lukisan muka untuk semua peringkat umur, serta pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi.

Acara ini diadakan sebagai promosi untuk pertandingan fesyen kucing pertama di Malaysia yang akan disiarkan di kaca televisyen.

Jangan lupa saksikan kemuncak Cat Fashion Week di TV3, jam 9 malam pada 17 Ogos, untuk mengetahui siapakah ‘meow-del’ yang bakal dinobatkan sebagai juara.

Jangan lepaskan peluang ini untuk mengadopsi teman bulu yang comel dan dalam masa yang sama, membuat perubahan positif!

Butiran acara:

  • 📅 Tarikh: Sabtu, 20 Julai
  • 📍 Lokasi: Pavilion Damansara Heights
  • ⏰ Masa: 1 petang – 6 petang

Untuk maklumat lanjut tentang Furever Friends, layari http://says.com/fureverfriends. Anda juga boleh mengikuti SAYS di Instagram dan TikTok.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×